24 Mei: Penganjur Putuskan Himpunan Melayu Berdaulat Diteruskan Tanpa Perubahan

KUALA LUMPUR, 23 Mei 25 – Penganjur memutuskan perhimpunan Melayu Berdaulat tetap diteruskan tanpa apa-apa perubahan tarikh, masa dan lokasi.

Wakil penganjur, Sdr. Syed Hassan Syed Ali memberitahu, keputusan itu dicapai malam tadi setelah mengambil kira pelbagai faktor dan pandangan.

“Kita malam tadi Sekretariat Himpunan Melayu Berdaulat dah memutuskan perhimpunan tetap diteruskan di venue yang sama dan waktu yang sama, hari Sabtu 24 Mei 2025 jam 2 petang di dataran Sogo.

“Pemakluman polis dah diberi, polis pun dah sahkan menerima pemakluman, so far tiada apa-apa feedback daripada PDRM, maka penganjur menganggap tiada halangan dan jalan-jalan yang dikatakan tutup tidak membabitkan kawasan tersebut diwaktu perhimpunan tersebut, jadi kita tetap teruskan, kita war-warkan kepada seluruh masyarakat orang Melayu untuk hadir beramai-ramai dan tidak perlu bimbang. Katanya kepada politiko.

Dalam pada itu, Sdr Syed Hassan juga menasihatkan orang ramai yang akan hadir untuk menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Komuter dan Monorel bagi memudahkan pergerakan mereka.

“Dinasihatkan lebih baik naik transport seperti LRT, MRT, Komuter, Monorel lebih cepat sampai, kita cadangkan begitulah. Park kereta kat mana-mana luar KL, naik di stesen mana-mana turun di masjid Jamek Kuala Lumpur, Kampung Baru, Jalan Sultan Ismail pun ada, Stesen Sogo dan bank Negara pun boleh. Jalan kaki menuju ke Dataran Sogo. Ujarnya.

Penganjur juga telah memutuskan terdapat tiga pusat berhimpun sebelum berjalan ke Sogo iaitu Masjid Kampung Baru, Masjid Jamek KL dan Jalan Raja Laut, berdekatan Ibu Pejabat parti PAS.

Tambah beliau, penyertaan perhimpunan ini juga telah mendapat pengesahan penglibatan daripada PAS, Bersatu, Berjasa, namun parti UMNO, PKR dan parti Amanah masih belum memberi makluma balas.

“Kita juga tunggu (maklum balas) daripada UMNO, kita dah hantar surat jemputan kepada semua (parti), setakat ini, parti PAS, Bersatu dan Berjasa dikatakan akan membawa ahli yang paling ramai. Kami tunggu respon dari parti PKR, Amanah dan juga UMNO. Kata beliau.

Walau bagaimanapun, penganjur enggan mewar-warkan pemimpin politik utama yang akan hadir.

“Setakat ni kita tak mahu beri nama-nama pemimpin politik yang akan hadir, (jika) mereka datang, dijemput naik ke atas (pentas), pemimpin terkanan yang datang, mereka akan naik, jika tiada yang kanan, wakil mereka akan naik.

Kita akan beri peluang lebih ramai ketua-ketua NGO (bercakap), Tan Sri Rais Yatim antara pemimpin yang akan turut serta.

Penganjur Himpunan Melayu Berdaulat menyasarkan penyertaan seramai 10-15 ribu orang.

Menurut penganjur, perhimpunan ini diadakan kerana ingin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib orang Melayu dan Islam.

“Kami rasa semangat orang Melayu berkobar-kibar untuk berhimpunkerana situasi sekarang kita lihat maruah Melayu tercabar, agama Islam makin lama diperkotak katik dan juga keadaan negara dan ekonomi dan juga keselamatan negara nampaknya terancam, jadi inilah masa orang Melayu dapat berhimpun beramai-ramai. Ujar Syed Hassan. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share