Browsing Category
Kolumnis
113 posts
Jika Identiti Sabah, Sarawak Diperkasa Melalui MA63, Mengapa Identiti Tanah Melayu Mahu Dilupakan?
Atas sebab itu, usaha memperkukuh kedudukan Sabah dan Sarawak melalui MA63 tidak sepatutnya dilihat bertentangan dengan usaha mengekalkan identiti sejarah Persekutuan Tanah Melayu.
Analisis: KKDW dan Perbendaharaan Beri Penjelasan Berbeza — Apa Sebenarnya Berlaku?
Keadaan ini seolah-olah memberi gambaran bahawa tatakelola antara kementerian dan jabatan tidak berada dalam satu naratif yang sama. Apakah masalah sistem? Bagi rakyat biasa, adalah agak mustahil maklumat kementerian tidak seiring dengan data dari perbendaharaan.
“Kerjasama Lebih Utama Dari Kerusi” – Wawasan Beri Isyarat Baharu di Melaka
Sumber dalaman Wawasan Negara yang mengetahui pendirian parti itu berkata, kepentingan memastikan kerjasama politik kekal kukuh perlu mengatasi keinginan mana-mana parti untuk mendapatkan sebanyak mungkin kerusi dalam rundingan PRN Melaka.
PRN dan Nurul Izzah, Cermin Kegagalan Kepimpinan Anwar
Kelemahan ini menimbulkan persoalan terhadap gaya kepimpinan Anwar sendiri. Sebagai Presiden PKR dan Perdana Menteri, Anwar dilihat semakin membebankan partinya dan PH itu sendiri.
23 Kerusi Hilang Deposit, 16,957 Undi Keseluruhan: BERSATU Kini Sesat Dalam Ego Sendiri
Prestasi BERSATU di Negeri Sembilan tidak berlaku dalam ruang kosong. Ia hadir selepas beberapa keputusan pilihan raya negeri lain yang turut memberikan cabaran kepada kedudukan parti tersebut.
PRN Negeri Sembilan: Muafakat PN-BN, BERSATU Bergelut, PH Masih Bermain Naratif Lama
Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semakin menghampiri penamat dengan tiga perkembangan utama semakin jelas. Pertama, kerjasama…
Adakah Kerajaan Persekutuan Bertukar Sebelum PRU?
Sama ada gelombang itu akhirnya membawa kepada pertukaran kerajaan Persekutuan sebelum PRU atau sekadar menjadi asas kepada kerjasama yang lebih kukuh pada pilihan raya umum akan datang, semuanya bergantung kepada perkembangan politik selepas keputusan PRN diumumkan.
Bersatu Kini Liabiliti Terbesar Perikatan Nasional?
Dalam keadaan ini, persoalan yang semakin kuat diperkatakan ialah sama ada BERSATU masih menjadi aset kepada Perikatan Nasional atau telah bertukar menjadi beban politik yang menghakis keyakinan rakyat terhadap gabungan tersebut.
Tiada Manifesto PN, Isyarat PAS dan BERSATU Mula Jalan Berbeza?
Sepanjang sidang media tersebut, Tuan Ibrahim hampir keseluruhannya bercakap mengenai PAS. PAS bertanding 11 kerusi. PAS mahu menjadi semak dan imbang. PAS mempunyai tawaran di kawasan yang ditandingi. PAS mengeluarkan arahan kepada penyokong. Yang tidak kedengaran ialah naratif mengenai PN.
PRN Johor: Semua Parti Belum Mendapat Rentak
Kempen PRN Johor masih berada di peringkat pembentukan naratif. Setiap parti mempunyai strategi tersendiri, namun belum ada mana-mana yang benar-benar berjaya menguasai medan kempen.