
KUALA LUMPUR, 11 Ogos 25 – Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT), Isham Jalil menyifatkan Rancangan Malaysia 13 (RMK13) akan menjadikan kerajaan berusaha untuk mengutip cukai yang lebih banyak untuk membayar projek-projek dalam RMK13.
Menurutnya, ia berpunca apabila projek-projek yang diumumkan dalam RMK13 akan menyebabkan hutang negara bertambah.
“RMK-13 budget in Development Expenditure i.e. Projek i.e. hutang, kerajaan akan tambah hutang RM430b or RM86b a year in average untuk belanja besar ini.
“Hutang negara akan bertambah. Bila hutang bertambah mereka perlu kutip cukai lagi banyak untuk bayar projek-projek hutang ini. Katanya kepada politiko.my
Dalam kenyataan yang sama, Isham berkata sistem percukaian sedia ada tidak semestinya dirombak untuk mendapat kutipan cukai yang tinggi, sebaliknya kerajaan akan membuat kutipan dengan cara yang lebih agresif.
“Tidak semesti dirombak (sistem cukai), cuma mereka akan lebih aggresif kutip cukai dari rakyat.
“Perkembangan ekonomi itu questionable. Tambah hutang itu for sure. Ujarnya.
Dalam pembentangan RMK13 oleh Perdana Menteri baru-baru ini, jumlah pelaburan keseluruhan antara 2026 hingga 2030 adalah RM611 bilion dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM 430 bilion akan disediakan dari peruntukan pembangunan kerajaan, manakala RM 120 bilio lagi datangnya dari syarikat berkaitan kerajaan GLC/GLIC dan RM 61 bilion lagi akan melibatkan model perkongsian awam-swasta (PPP).
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam perbahasan di dewan rakyat mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh menyediakan jumlah tersebut bagi memastikan RMK13 berjaya dilaksanakan. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.