Lagi Kes Rogol Di Sekolah: Polis Tahan Remaja Rogol Berkumpulan Dalam Kelas

KUALA LUMPUR, 16 Okt 25 — Polis menahan empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Baling selepas dipercayai terbabit dalam kejadian rogol berkumpulan serta penyebaran video lucah yang tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali, berkata siasatan bermula selepas seorang lelaki berusia 53 tahun membuat laporan polis pada Ahad lalu, susulan penularan rakaman bogel anaknya yang dimaklumkan oleh guru disiplin sekolah berkenaan.

“Hasil maklumat, polis menahan tiga pelajar serta seorang bekas pelajar sekolah itu sekitar jam 9.30 malam hari sama bagi membantu siasatan,” katanya seperti dipetik oleh Harian Metro hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati keempat-empat suspek dipercayai melakukan hubungan seks termasuk secara berkumpulan di dalam kelas antara Mei hingga Ogos lalu, sebelum rakaman perbuatan itu tersebar di media sosial.

Ahmad Salimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan Seksyen 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, berkaitan pengedaran bahan pornografi melibatkan kanak-kanak.

Beliau menegaskan, polis memandang serius insiden itu dan menyeru ibu bapa serta penjaga supaya lebih peka terhadap pergerakan dan kegiatan anak-anak, khususnya dalam kalangan remaja yang mudah terdedah kepada pengaruh negatif media sosial. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share