
KUALA LUMPUR, 3 Ogos 25 – NGO, Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan memusnahkan simpanan dan penggandaan benih milik Union of Agricultural Work Committees (UAWC) di Hebron oleh pasukan tentera Israel pada 31 Julai 2025.
Koordinator FKMM, Nurfitri Amir Muhammad berkata, tindakan pemusnahan tersebut merupakan serangan langsung terhadap hak kedaulatan makanan rakyat Palestin.
“Pemusnahan bank benih yang amat penting ini, yang menempatkan repositori varieti benih tradisional Palestin, bukanlah satu insiden terpencil.
“Ia adalah satu langkah yang terancang untuk mengukuhkan lagi penjajahan haram Israel dan melemahkan daya tahan para petani Palestin yang menjadi tunjang kepada keterjaminan makanan negara mereka. Katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, perobohan bank benih di Hebron adalah satu tindakan pencerobohan yang jelas dan disengajakan terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri (selfdetermination).
“Dengan memusnahkan benih-benih ini, rejim Israel bukan sahaja menyalahi undang-undang antarabangsa malah cuba melenyapkan kepelbagaian agrobiologi yang kaya di Palestin, tetapi juga memutuskan keterikatan antara rakyat Palestin dan tanah air mereka.
“Ini adalah lanjutan daripada pembersihan etnik yang telah berlarutan selama lebih 75 tahun. Ujarnya.
Beliau turut menegaskan bahawa FKMM akan tersu bersolidariti dan akan terus memperjuangkan suara rakyat Palestin.
Pada 31 Julai lalu, tentera Israel menyerang dengan menggunakan jentera berat di unit perbanyakan benih milik Union of Agricultural Work Committees (UAWC) di bandar selatan Hebron, Tebing Barat.
Mereka menghancurkan bangunan penyimpanan, infrastruktur, peralatan, dan benih tempatan yang digunakan untuk proses perbanyakan dan pengedaran benih tradisional. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.