Wawancara bersama Ketua Bahagian BERSATU Gopeng, Ahmad Ishak

Politiko : Apa komen anda tentang saranan veteran UMNO agar parti Bersatu dibubar dan ahli kembali menyertai UMNO?
Ahmad Ishak : Dia gini, kebanyakan (kita) semua ahli bersatu, kebanyakan kepimpinan ahli bersatu diperingkat atas sampai ke bawah adalah juga mulanya orang UMNO, kita berada dalam UMNO, kita dilatih dengan UMNO, jiwa kita dulu dengan UMNO semua, bertahun-tahun kita bersama UMNO, tengok presiden kita, kan? Timbalan presiden kita juga, kan?
UMNO dalam kata, orang kata satu kereta Mercedes lah, antiklah kan?
Ibarat kata seperti kereta Rolls Royce yang antik, bagus, lengkap, everything dan dah melahirkan kepimpinan Perdana Menteri, semua daripada UMNO, sampai Anwar Ibrahim pun masuk UMNO, kan?
There’s nothing wrong with UMNO, yang ketika lepas Najib… memang ada pergolakan dia ada 46 (parti Semangat 46), (semua) campur balik sini dalam UMNO.
Tapi bila tukar pemandu Driver, the driver lah… It’s wrong. We don’t attack UMNO, we attack the pemimpin. Sekarang pemimpin UMNO kata kita bubar masuk dia (UMNO), buat apa?
Kita dah ada kenderaan sendiri, rakyat diberi pilihan nak naik kereta mana pun, dia sukalah. Nak naik kereta UMNO ke, nak naik kereta Bersatu ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke, pilih lah, ada 5-6 kereta.
Tapi, kita dalam kereta yang nak pergi ke destinasi ni… yang (nak bawa) kita ni, nak bawa negara ni ke mana?
UMNO dah terbabas, dia tak boleh lagi, (tapi) pergi combine dengan DAP. Bila you lari daripada sasaran, (maka) kita kata tak boleh.
Politiko : Adakah UMNO dah terpesong dari hala tuju parti?
Ahmad Ishak : UMNO tak terpesong, UMNO tetap perlembagaan dia, UMNO tak terpesong Yang memesongkan UMNO adalah pemimpin UMNO. Pemimpin dia yang memesongkan perjalanan UMNO.
Sekarang satu, kita punya agenda Orang Melayu, orang Melayu Islam mesti kepada arah perpaduan ummah. Kita ni dah berpecah berapa?
Jadi kita kena berbalik pada asal tangkal kita Orang Melayu beragama Islam. Itu objektif dia.
So, salahkah kita bila bercakap, marilah kita bersama? Kenapa kita boleh bercakap pada UMNO, marilah kita bersama. Sebab kau punya kerusi ada berapa, sekarang?
Dari dulu 100 lebih sampai (kini) tinggal 40. Kami ni ada 70, kami menjemputlah kamu.
Janganlah nak tengok kami ni sombong. Itu sebab ayat Timbalan Presiden; kita kena bukalah ruang. Kami bersedia bekerjasama, bukan kita suruh dia bubar (UMNO). Kita kata kerjasama, (tapi) yang orang pemimpin UMNO veteran ni dia sombong, bongkak.
Dia masih berasa dia di mahligai yang tinggi – “Oh kau bubar masuk kami (UMNO), Itu tak betul.
Sebab dia pakai kereta Rolls Royce, kita pakai kereta Mercedes. Jadi tak sama, tapi Rolls Royce tu dia tak tahu Rolls Royce tu tak boleh lari lagi dah, antik, vintage kan, nak lari laju kena naik kami Mercedes, lari laju.
So, kami jemput kamu, itu je, kita kena tengok analogi dia macam ni lah. Itu je.
Politiko : Bersatu mengajak orang UMNO bersama kerena kepimpinan UMNO tu sendiri dah terpesong. Jadi kalau kepimpinan UMNO sekarang ni bertukar, adakah kerjasama Bersatu dan UMNO jadi lebih mudah?
Ahmad Ishak : Ya.. dia nak kata terpesong tu tidak, (sebaliknya) dia sanggup menggadai maruah. Dia sanggup menggadai harga diri, dia menggadai perjuangan yang keramat, apa perjuangan UMNO yang keramat ni?
Ada kemungkinan perubahan. Perubahan dalam (maksud) balik kepangkal jalan. Lebih mudahlah
Kita kena, faham dulu UMNO dengan PAS ada dalam Muafakat Nasional. Jadi kita dibawa sama, kita masih ada asas permufakatan Nasional. Dan dia setuju Itu je.
Sekarang, the bottom line ialah kerjasama, cara kerjasama. Bersatu, kita kereta EV lah, yang barulah, kan? kau vintage, betul.. tapi kau tak boleh lari. Orang nak kereta baru, anak-anak muda.. when I say EV, anak muda Gen-Z-lah semua kan?
Jadi kau tahu macam nak buat, so bottom line dia.. We can work together for the sake of our agama, bangsa. We can work together, no problem, the door is open, itu je. @politiko.my