PAS Mahu Saya Kekal Pengerusi PN, Kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 7 Jul 25 – Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau pernah menawarkan jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) kepada PAS namun pimpinan parti Islam itu mahu beliau kekal mengetuai gabungan pembangkang itu.

Muhyiddin juga berkata, kedudukannya sama ada dalam Bersatu mahupun PN ditentukan oleh pimpinan dan bukan dirinya sebagai individu.

“Mereka yang buat keputusan, kalau mereka kata nak saya, ambillah. Setakat saya tahu, dalam perjumpaan antara Bersatu dengan PAS untuk membincangkan soal PN beberapa bulan lalu, kenyataan dikeluarkan Hadi  menyokong saya sebagai pengerusi PN.

“Saya nak pegang pada yang satu itu, itu setakat yang saya tahu. Berhubung kedudukan apa pun, baik jawatan saya, di mana saya dalam parti, bukan saya tentukan.

“Saya tak tentukan, nak jadi calon perdana menteri, bukan saya tentukan,” katanya selepas Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Pagoh 2025, semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, desas-desus wujud percaturan untuk menstruktur semula kepimpinan Bersatu dengan menggantikan beliau hanyalah ramalan.

“Orang politik, kadang-kadang tengok parti yang elok, dia kata tak elok. Parti yang agak kukuh, dia kata sudah goyang. Pasal muslihatnya, dia nak orang kata, nak memberi pandangan yang buruk.

“Tapi kami bergerak atas dasar apa, pertimbangan yang agak bijaksana dan kita terus melaksanakan tanggungjawab seperti biasa,” kata Muhyiddin lagi. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share