Surat Dari Ampang Buat Ahli BERSATU Malaysia

Saya Mohd Isa Mohd Saidi. Saya Ketua Bahagian Ampang yang telah dipecat. Surat ini saya tujukan ikhlas kepada semua pimpinan dan ahli akar umbi BERSATU seluruh Malaysia.

Saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, baik ketika bersama UMNO hinggalah memimpin BERSATU Bahagian Ampang.

Dengar baik-baik.

Kemasukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah titik mula kepada krisis dalaman yang berpanjangan dalam BERSATU, khususnya di Bahagian Ampang.

Bagi akar umbi di Ampang, kesan kemasukan Azmin bukan sahaja dirasai dari sudut kepimpinan, malah membawa kepada perpecahan struktur parti, penghakisan peranan cawangan, dan kemerosotan semangat jentera yang selama ini bekerja atas nama parti, bukan individu.

Kami di Ampang melihat, sejak awal lagi sudah wujud gerakan terancang yang cuba mengambil alih kepimpinan bahagian melalui pendekatan “kartel”, dengan mengetepikan budaya dan struktur asal BERSATU.

Kartel ini adalah mereka yang datang dari PKR dalam Kem Azmin. Muka-muka inilah ‘Kartel’. Mereka tidak ada jiwa perjuanga, jauh sekali nak bela bangsa Melayu. Kerja kartel hanya untuk Azmin, sejak zaman arwah Tan Sri Khalid Ibrahim lagi, kartel ni dah buat kerja. Ingat kita buta ke?

Dua entiti, Pemuda Negara dan Pergerakan Komuniti Negara diwujudkan dan digerakkan secara agresif, bukan sebagai sayap parti, tetapi atas nama NGO, lengkap dengan peruntukan khas yang cukup mewah dan sokongan menteri.

Azmin juga dari awal sudah meletakan beberapa orang Kartelnya dalam Lembaga Disiplin dicampur dengan Pak mertua Peja, mereka mengusai LD dan berkuasa sesuka hati melakukan pemecatan kepada mereka yang tak sehaluan dengannya, ini yang sedang berlaku dalam parti di mana pemecatan yang menyebabkan Parti jadi huru hara.

Di Ampang, di mana Azmin dan Zuraida Kamaruddin merupakan wakil rakyat, kesan gerakan ini amat ketara. Berbeza dengan bahagian lain di seluruh negara, Ampang menyaksikan usaha sistematik untuk meminggirkan cawangan BERSATU yang dipimpin tokoh berpengalaman, bekas pemimpin UMNO, ketua kampung, Pengerusi PIBG, aktivis belia dan pemimpin komuniti.

Akar umbi di Ampang lebih setia kepada parti berbanding NGO. Justeru, usaha kartel yang didominasi bekas ahli PKR gagal menawan sokongan dalam pemilihan parti. Kekalahan calon-calon mereka dalam dua siri pemilihan bahagian menjadi bukti jelas penolakan ahli terhadap politik kartel.

Geng kartel ni gila. Kalau anda nak tahu, mereka beri tekanan berterusan takde henti. Penubuhan sebuah lagi pejabat Perikatan Nasional di Ampang, walaupun pejabat PN dan BERSATU dah beroperasi sejak 2020, ini mencetuskan kekeliruan rakyat di Ampang dan dilihat sebagai cubaan mewujudkan struktur selari dengan Azmin bagi melemahkan kepimpinan sedia ada di Ampang.

Walaupun kami berdepan tekanan kerja Azmin, BERSATU Bahagian Ampang terus bergerak secara istiqamah. Dengan dana sendiri, tanpa bantuan sesen pun, walaupun terdapat dua menteri kanan dan dua ADUN di kawasan itu, jentera bahagian tetap melaksanakan program rakyat. Daripada 37 cawangan yang diwujudkan, 35 pernah bergerak aktif dan mengatasi parti-parti lain seperti UMNO dan PKR.

Tapi, kemuncak kekecewaan berlaku menjelang PRU15 apabila calon tempatan diketepikan dan calon “kartel” dari luar iaitu bekas ahli PKR yang diletakkan tanpa rundingan dengan bahagian. Bila bahagian bantah dan mencadangkan tokoh tempatan, mereka dimaklumkan bahawa bahagian “tiada hak” mencadangkan calon, kuasa mutlak terletak pada presiden.

Walaupun tidak dipersetujui, tapi demi parti, jentera Ampang tetap bekerja memenangkan calon PN. Keputusan akhirnya- kekalahan. Bila kita turun semula dan tanya, kita disambut dengan keluhan pengundi yang tidak mengenali calon dan menganggapnya angkuh berlagak dan bodoh.

Kesilapan sama berulang dalam PRN apabila calon yang kalah dicalonkan semula, tanpa rundingan, dan tanpa menggunakan jentera bahagian. Semuanya diletak bawah Azmin. Kekalahan kali kedua lebih besar. Padan muka.

Hari ini, kesan pengkhianatan politik ini jelas. Daripada 35 cawangan aktif, hanya sekitar 12 yang masih bertahan. Belasan cawangan kecewa dengan kerja Azmin ini. Ramai aktivis memilih untuk berundur sementara, kecewa dengan kepimpinan yang dilihat melindungi kartel dan menekan mereka yang tidak sehaluan.

Bagi Ampang, penentangan terhadap Azmin bukan bersifat peribadi, tetapi demi menyelamatkan parti. Ratusan ribu ringgit wang sendiri telah dibelanjakan, masa dan tenaga dikorbankan, semata-mata untuk memastikan BERSATU terus hidup di peringkat akar umbi.

Apa yang dialami di Ampang hari ini, kata mereka, kini mula dirasai di seluruh negara. Sejarah ini jarang diketahui orang luar, namun bagi ahli BERSATU, ia menjadi peringatan bahawa parti akan terus rapuh selagi politik kartel dibiarkan menguasai kepimpinan.

Balaci-balaci Azmin seperti budak mentah Hilman ni, hanyalah penyapu yang hanya berguna untuk Azmin. Kami nekad pada kali ini, jika ini tidak berubah, jangan kata Azmin dan kartelnya, dengan seluruh BERSATU akan melingkup.

Hari ini BERSATU telah disemburitkan.

SEKIAN
Mohd Isa Mohd Saidi, Mantan Ketua Bahagian BERSATU Ampang

Artikel ini telah disiarkan di facebook Isa Saidi, 16 jan 26

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share