Hakim Terlibat Laporan Polis Dinasihat Tak Jadi Calon Jawatan Tertinggi Kehakiman

KUALA LUMPUR, 25 Jun 25 – Peguam kanan Haniff Khatri Abdulla memohon seorang hakim bergelar ‘Tan Sri’ yang terlibat dalam laporan polis membabitkan sebuah syarikat penerbitan berita tidak menawarkan diri mengisi mana-mana daripada tiga jawatan tertinggi institusi kehakiman negara yang bakal kosong bermula Julai depan.

Haniff Khatri turut menggesa polis segera menjalankan siasatan terhadap laporan berkenaan kerana tempoh masa untuk pelantikan jawatan berkenaan berbaki kurang dari seminggu.

“Laporan itu dibuat kakitangan pejabat salah seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang memegang gelaran Tan Sri mengatakan kononnya ada beberapa soalan diajukan oleh seorang pemberita kepada Tan Sri hakim berkenaan berhubung satu insiden yang berlaku pada 16 Mei 2025, di mana hakim tersebut ditegur JAC atau ketua hakim negara sebagai teraju JAC berkaitan cubaan masuk campur urusan perlantikan hakim.

“Saya tak ingin dahului siasatan polis. Polis jangan berpeluk tubuh kerana enam hari lagi kerusi ketua hakim negara dan kerusi hakim Mahkamah Rayuan jika tidak dilanjutkan dalam tempoh enam bulan akan kosong.

“Perkara ini perlu diambil tindakan wajar sekarang ini,” kata Haniff Khatri dalam kenyataan video di media sosialnya.

Jelasnya, mana-mana hakim dilantik mahupun dinaikkan pangkat tidak boleh dibuang atau dilucutkan jawatan melainkan adanya tribunal di bawah Perlembagaan.

“Itu lebih memudaratkan sistem kehakiman dan mencacatkan hormat rakyat tempatan dan antarabangsa kepada sistem kehakiman kita

“Atas semua perkara ini siapa pun hakim Tan Sri tersebut saya merayu beliau mengundur diri dari dicalonkan mana mana jawatan tertinggi yang akan jadi kosong,” kata Haniff Khatri. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share