Tengku Zafrul Sertai PKR: KP UMNO Tempelak Ketua AMK

KUALA LUMPUR, 2 Jun 25 – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menempelak kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berhubung penyertaan Tengku Zafrul ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Akmal, kenyataan tersebut menunjukkan prinsip berpolitik yang mudah berubah mengikut situasi.

“Masa Azmin Ali and the geng lompat dari PKR dulu bukan main lagi kena hentam, macam-macam dikata pada mereka.

“Tapi bila orang lain lompat masuk parti mereka, semua baik-baik belaka ya..

“Baru tahu rupanya prinsip berpolitik ni boleh berubah ikut situasi. Katanya menyindir.

Terdahulu, Ketua AMK yang baharu itu berkata penyertaan Tengku Zafrul mampu menarik sokongan pelbagai pihak untuk bersama PKR membina sebuah negara yang lebih progresif, adil dan inklusif.

Memetik laporan media, Malah Kamil berkata, hal ini sejajar dengan komitmen parti berkenaan untuk terus menawarkan politik berasaskan idea, kepakaran dan integriti.

Dalam isu yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kedudukan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI) itu tidak terjejas biarpun beliau mengumumkan keluar UMNO dan berhasrat menyertai PKR.

Malah Anwar berkata, Tengku Zafrul sudah memainkan peranan penting dalam menarik kemasukan pelaburan bernilai ratusan bilion ke dalam negara.

Sementara itu, media melaporkan Presiden UMNO telah mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share