Anwar Cabar Pembangkang Bawa Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 28 Jul 25 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin agar membawa usul tidak percaya terhadapnya ke Parlimen.

Beliau berkata pihaknya sudah menunggu selama tiga tahun untuk usul itu dibawa ke Parlimen.

“Kita terbuka, ini proses yang betul. Nak bawa (usul tidak percaya), sila bawa. Dia (Hamzah) kata nak bawa (usul) dah tiga tahun dah,” katanya seperti dipetik Bernama.

Anwar mengulas kenyataan Hamzah semasa himpunan Turun Anwar di Kuala Lumpur semalam, yang membayangkan pembangkang sedang menimbang untuk membawa usul itu dalam masa terdekat.

Himpunan Turun Anwar hujung minggu lalu menyaksikan sekurang-kurangnya 25,000 berhimpun di Dataran Merdeka bagi mendesak peletakan jawatannya sebagai perdana menteri.

Anwar sebelum ini berkata jika pembangkang mahu dia letak jawatan, mereka sepatutnya melakukannya menerusi undi percaya di Parlimen.

Dia juga membayangkan kerajaan tidak akan menghalang usul itu daripada dibawa ke Parlimen, dan telah berbincang dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bagi memastikan jika usul sedemikian dibentangkan, ia akan dibahaskan serta-merta.

Anwar memiliki majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat seperti yang dibuktikan ketika undian belah bahagi pada Mac lalu, ketika kerajaan meluluskan pindaan perlembagaan untuk memberikan lebih kebebasan pada Parlimen.

Maka, amat sukar untuk pembangkang menyingkirkannya Anwar di Parlimen. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share