Anwar Perdana Menteri Mengecewakan Kaum India, Kata Ramasamy

KUALA LUMPUR, 13 MEI 25 – Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perdana menteri yang paling mengecewakan buat kaum India, kata pengerusi pro-tem Parti Bersatu untuk Hak Rakyat Malaysia (Urimai) P Ramasamy.

Kehadiran beberapa “pengampu India” dalam DAP dan PKR katanya tidak banyak membantu memulihkan kekecewaan masyarakat yang meluas terhadap kerajaan Madani.

“Setakat ini, kemungkinan kerajaan pimpinan PH kembali berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang adalah tidak pasti.

“Jika Perikatan Nasional (PN) membangunkan dan mengekalkan pendekatan inklusif yang benar-benar senada dengan masyarakat bukan Melayu, Malaysia boleh melihat perubahan politik yang ketara pada tahun-tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai penegasan kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa sokongan bukan Melayu terhadap PH semakin merosot.

Semalam, Rafizi berkata PKR dan PH tidak berada dalam kedudukan terbaik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share