Anwar Tepis Dakwaan Ketua Pembangkang, Isu ‘Serah Tanah’ Disifatkan Fitnah

KUALA LUMPUR | 2 Feb 26 — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak keras tuduhan pembangkang bahawa kerajaan Malaysia telah menyerahkan lebih 5,000 hektar tanah di sempadan Sabah-Kalimantan kepada Indonesia, menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Ketika ditanya wartawan pada Jumaat lalu, Anwar mengecam pihak pembangkang kerana, menurutnya, menyalahgunakan kebebasan bersuara untuk menyebarkan maklumat palsu, memutarbelit fakta dan memperalat sentimen agama demi memancing perhatian politik.

“Ini masalah pembangkang yang menggunakan kebebasan bercakap untuk merapu, berbohong, menggunakan Islam dan nama Islam untuk menipu serta menyebarkan fakta yang salah,” tegas beliau, sambil menolak dakwaan bahawa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah sebagai pampasan kepada Indonesia bagi tiga kampung di kawasan Nunukan yang berhampiran sempadan.

Dakwaan itu disuarakan sebelum ini oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang menggesa supaya perkara tersebut dibahaskan di Parlimen kerana ia melibatkan kedaulatan negara.

Anwar berkata kerajaan tidak akan melayan tuntutan penjelasan lanjut dalam Dewan Rakyat kerana dakwaan itu jelas tidak benar dan berniat jahat, dan mereka yang membuat tuduhan tersebut perlu dipertanggungjawabkan.

Baru-baru ini, media berbahasa Inggeris di indonesia en.tempo.co, melaporkan bahawa Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Perbatasan (BNPP), Makhruzi Rahman menyatakan bahawa Indonesia dianugerahkan sejumlah 5,207 hektar wilayah daripada Malaysia sebagai pampasan.

Ribuan hektar daripada wilayah ini dicadangkan untuk menyokong pembangunan pos sempadan dan zon perdagangan bebas. Laporan tersebut boleh di baca di SINI. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share