Didakwa Kelirukan Dewan Rakyat, PN Mahu Rujuk PM Ke Jawatankuasa Parlimen

KUALA LUMPUR, 24 Jul 25 – Perikatan Nasional (PN) hari ini mengemukakan usul merujuk Ahli Parlimen Tambun yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kata Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin menegaskan, usul itu dibuat  susulan kenyataan Anwar baru-baru ini berkenaan tiada tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersabit kes pulau Batu Puteh atas faktor usiannya mencecah 100 tahun adalah jelas mengelirukan Dewan Rakyat.

“Kuasa siapa untuk menuduh dan mendakwa seseorang? Adakah kuasa perdana menteri? Adakah ini satu pengesahan dari perdana menteri bahawa beliau campur tangan dalam urusan perundangan?” soal Ahli Parlimen Kota Bharu itu ketika sidang media ahli Parlimen pembangkang pagi tadi.

Anwar sebelum ini ketika di Dewan Rakyat berkata, Kabinet berpendirian Dr Mahathir bersalah kerana keputusan beliau sebagai perdana menteri pada 2018 yang melepaskan Pulau Batu Puteh dengan begitu mudah kepada Singapura.

Kabinet bagaimanapun katanya membuat keputusan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang mengambil kira usia Dr Mahathir sebagai bekas perdana menteri yang umurnya sudah mencecah 100 tahun

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS turut mengingatkan Anwar kuasa bahawa pendakwaan adalah terletak di tangan Jabatan Peguam Negara.

Sehubungan itu, katanya, tidak ada alasan munasabah untuk usul itu ditolak memandangkan jelas kenyataan perdana menteri berkenaan menunjukkan berlakunya salah guna kuasa. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share