Dulu Janji Mansuh Akta Hasutan, Sekarang Jadi Alat Takutkan Rakyat – Pejuang

KUALA LUMPUR, 30 Jul 25 – Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berjanji untuk menghapuskan undang-undang yang digelar zalim dan drakonian seperti Akta Hasutan namun sebaik sahaja berjaya meraih kuasa perdana menteri  undang-undang itu pula digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat, dakwa Pejuang.

Ketua Penerangan Rafique Rashid mendakwa, pasca Himpunan Turun Anwar di ibu negara minggu lalu, empat individu dikenalpasti ditahan pihak berkuasa.

“Paling hipokrit adalah penggunaan Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kesemua yang ditahan atau ditangkap disiasat bawah peruntukan yang sama.

“Bukankah janji mereka dulu undang-undang drakonian ini akan dimansuh?

“Sekarang sudahlah tidak mansuh , gunakan pula ke atas pengkritik PMX dan/atau kerajaan,” katanya, merujuk kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sehubungan itu Rafique mempersoalkan tindakan berkenaan yang menurutnya pernah dilakukan pimpinan kerajaan hari ini suatu ketika dahulu semasa dibangku pembangkang.

“Adakah PMX atau kerajaan langsung tidak boleh dikritik? Adakah sebaik sahaja PMX jadi perdana menteri maka segala hak kritik dalam sebuah demokrasi terhapus?

“Adakah hanya boleh kritik perdana Mlmenteri sebelum-sebelum ini tapi PMX ada imuniti dari kritikan? Adakah boleh pijak poster  Dr Mahathir, bakar buku Tunku, suap kangkung dalam mulut Najib tapi kalau PMX maka itu haram?,” soalnya, dalam hantaran media sosial.

Katanya, pihak berkuasa tidak perlu menangkap individu terbabit sebaliknya boleh dilakukan melalui cara yang lebih manusiawi melalui temu janji.

“Demonstran yang hadir rakyat Malaysia. Mereka bukan pengganas atau penjenayah tegar.

“Tiada keperluan tangkap. Bazir masa dan kos awam. Bazir masa kehakiman perlu paksa Majistret dengar reman,” katanya.

Lebih elok katanya akta drakoniam yang digunakan menindas rakyat dimansuhkan.

“Mansuh Akta Hasutan dan undang-undang drakonian yang lain. Kalau tidak benarlah kata rakyat ini semua manis di mulut tapi hipokrasi.

“Tujuan tangkapan-tangkapan ini tidak lain tidak bukan intimidasi politik.Untuk takutkan rakyat supaya tiada Turun Anwar 2.0,” dakwa Rafique. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share