Hamzah Mohon Maaf Silap Pilih Ketua Menteri, PN Tekad Beri Hak REE Kepada Rakyat Sabah

SEKONG, 17 NOV 25 — Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Negeri Sabah, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dalam ucapannya malam tadi tampil membuat pengakuan terbuka bahawa beliau telah melakukan kesilapan pada pilihan raya negeri lalu ketika mencadangkan Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Berucap di hadapan pengundi Sekong, Hamzah berkata beliau pernah berperanan sebagai pengarah pilihan raya Sabah pada PRN terdahulu dan mengakui keputusan menaikkan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri ketika itu adalah satu kesilapan.

“Saya tersilap. Saya minta ampun. Saya yang perjuangkan supaya Haji Ji menjadi Ketua Menteri. Saya minta maaf kerana saya tidak tahu rupanya dia juga kroni,” katanya.

Hamzah mendakwa slogan “Sabah Maju Jaya” yang digunakan kerajaan negeri tidak mencerminkan realiti kehidupan rakyat yang masih berdepan masalah asas seperti air dan elektrik.

“Kalau mahu undi Hajiji, masa mahu pangkah kena ingat, air ada ke tidak ada? Elektrik ada ka tidak ada?” katanya sambil menegaskan rakyat terus terbeban dengan isu-isu asas yang tidak diselesaikan.

Beliau turut menyentuh isu dakwaan penjualan mineral negeri yang mencecah berbilion ringgit tidak memanfaatkan rakyat negeri itu.

“Mineral 70 ribu diberi kepada orang luar. Rakyat Sabah menderita… bila dijual, nilainya berbilion ringgit. Yang dapat siapa? Mereka kata ini untuk Sabah, tapi akhirnya bukan orang Sabah yang dapat,” katanya.

Dalam ucapannya, Hamzah memberi jaminan bahawa PN akan mengambil semula tanah serta sumber berkaitan sekiranya gabungan itu menang pilihan raya negeri akan datang.

“Kalau Perikatan Nasional menang, kita ambil balik tanah ini. Kita berikan semula kepada rakyat Sabah,” tegasnya.

Hamzah menyeru pengundi Sekong agar memberi peluang kepada PN membentuk kerajaan negeri baharu yang menurutnya lebih telus dan berpihak kepada rakyat. Ucapan beliau menerima sorakan pengundi yang hadir. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

ART Satu Perangkap Diplomatik – Kata MP PN

“Ini bukan sekadar isu teknikal. Ini soal maruah dan masa depan dasar Bumiputera. Frasa ‘sovereign interests’ digugurkan dan diganti dengan istilah longgar seperti ‘goodwill’ serta ‘shared commitment’. Itu tanda kita sudah tunduk,” tegas Ahmad Amzad
Read More
Total
0
Share