Konflik Perlis: Pegawai Muhyiddin Salahkan PAS, Sindir ‘Fatwa’ Haji Hadi

KUALA LUMPUR, 31 DIS 25 — Pegawai Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dr Marzuki Mohamad, menegaskan tindakan PAS menuntut jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dengan cepat selepas perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin, menimbulkan persepsi bahawa parti itu menganggap sumbangan parti lain dalam gabungan tidak signifikan.

Mengulas sejarah politik PAS, Dr Marzuki menyifatkan parti itu pernah menikmati lonjakan sokongan Melayu dalam PRU 1999 hasil “Malay revolt” terhadap Barisan Nasional dan kerjasama dalam Barisan Alternatif, tetapi kegembiraan itu hilang selepas tindakan unilateral parti itu sendiri menyebabkan gabungan runtuh pada 2001.

Beliau turut memberi peringatan bahawa PAS cenderung mengulang kesilapan yang sama apabila merasa cukup kuat.

“Belum pun kering bibir Haji Hadi mengeluarkan fatwa jawatan tidak boleh diberikan kepada orang yang menuntutnya, PAS dengan sepantas kilat menuntut jawatan Pengerusi PN. Adakah fatwa Haji Hadi tidak terpakai kepada PAS?” kata Dr Marzuki menerusi laman facebook, menyindir parti itu secara langsung atas tindakan parti itu di Perlis.

Beliau juga menegaskan bahawa isu Perlis muncul bukan kerana Tan Sri Muhyiddin enggan bertindak, tetapi kerana kegagalan PAS menyelesaikan masalah dalaman partinya sendiri. Tindakan mereka telah meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas Tan Sri Muhyiddin dan BERSATU, sekali gus menimbulkan ketegangan dalam gabungan.

Dr Marzuki turut menyorot cabaran strategik PN menjelang PRU-16, termasuk keperluan untuk mengekalkan sokongan Melayu, menarik undi bukan Melayu, dan mendapatkan dukungan parti-parti Sabah dan Sarawak.

“Walaupun ada pihak menyifatkan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin sebagai pengukuhan PN, adakah PN sedang mengukuh, atau sedang membunuh angsa yang bertelur emas? Bermuhasabahlah dengan akal yang rasional, bukan emosi,” katanya sambil menegaskan pengalaman buruk Barisan Alternatif pada 2004 perlu dijadikan pengajaran. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Kg Sg Baru: Orang hanya pandai cakap, kata Johari

Johari berkata, situasi di Kampung Sungai Baru sebagai ‘nasi sudah jadi bubur’, memandangkan pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula telah diwartakan, sebahagian besar penduduk telah berpindah, dan geran-geran telah diberi kepada pemaju.
Read More
Total
0
Share