Kg Sg Baru: Orang hanya pandai cakap, kata Johari

KUALA LUMPUR, 28 APR 25 – Isu membabitkan penduduk Kampung Sungai Baru tidak selesai kerana ia dimainkan kelompok individu yang hanya pandai bercakap tanpa memahami masalah sebenarnya, kata Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani

Johari berkata, situasi di Kampung Sungai Baru sebagai ‘nasi sudah jadi bubur’, memandangkan pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula telah diwartakan, sebahagian besar penduduk telah berpindah, dan geran-geran telah diberi kepada pemaju.

“Sekarang banyak peguam percuma datang. Peguam percuma datang ini dah bertahun-tahun dah, satu pun tak jadi.

“Semua Tik-Tok ni tak boleh pakai. Ini cerita nak selesaikan masalah masyarakat. Kalau nak pakai Tik-Tok, mati tak boleh selesai,” katanya, dalam audio siar Buletin TV3 malam tadi bagi mengupas isu Kampung Sungai Baru.

Johari menjelaskan pemaju tidak boleh buat projek tersebut kerana hanya 67% sahaja bersetuju dengan tawaran pemaju

Menteri Wilayah Persekutuan dan wakil rakyat berkenaan sepatutnya yakinkan penduduk yang sudah bersetuju supaya tidak berpindah selagi urusan dengan kelompok yang tidak bersetuju belum selesai. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share