Orang Lebih Percaya Mahathir Dari Anwar, Kata Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 25 – Bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin menyifatkan Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai pengaruh dalam menentukan kestabilan politik Malaysia.

Ketika bercakap kepada politiko, Hanipa berkata walau apa orang cakap tentang Mahathir, dia lebih peka dengan suara rakyat, dia berpengalaman dan orang lebih mempercayai Mahathir dari Anwar.

“Mahathir ini walau apa pun orang cakap. Dia lebih peka suara rakyat. Dia ada pengalaman. Orang lebih percaya Mahathir daripada Anwar.

“Walaupun Mahathir tak berkuasa bila ada masalah orang rujuk kepada Mahathir. Katanya.

Tambah beliau, apabila politik berdepan kesukaran, ramai pihak mencari Mahathir.

“Bila ada isu Najib orang cari Mahathir.

”Tengok sejarah siapa tokoh politik yang hebat, dulu Ku Li semangat 46 tak boleh tumbang kerajaan, Anwar dulu tak tumbang kerajaan, bila Mahathir, tumbang kerajaan.

“Bagi orang Melayu khususnya pengaruh Mahathir ibarat last resort. Rakyat dalam tak tahu apa nak buat, orang pergi kepada Mahathir. Tambahnya.

Jun lalu, Mantan Perdana Menteri ke 7, Tun Dr Mahathir menubuhkan satu gerakan bagi menyatukan semua pihak yang memperjuangkan nasib orang Melayu di bawah satu payung besar.

Katanya, inisiatif tersebut merupakan satu langkah untuk mengembalikan kuasa politik dan cabaran yang dihadapi orang Melayu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share