Peguam Ulangi Gesaan, Anwar Perlu Bersihkan Tuduhan

KUALA LUMPUR, 4 MEI 25 – Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu mengulangi gesaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membersih namanya dan membuat penafian terbuka berhubung tuduhan terlibat dengan kes senjata api dan dadah membabitkan bekas pembantu penyelidiknya Muhammed Yusoff Rawther.

Khaliq berkata, sikap berdiam diri yang diambil Anwar itu tidak membantu keadaan berikutan ianya satu tuduhan yang serius.

“Perdana menteri perlu buat penafian, ia tuduhan serius ke atas peribadi perdana menteri, kalau ambil sikap berdiam diri tak cantik” katanya, kepada politiko.my.

Yusoff berdepan tuduhan mengedar dadah dan memiliki senjata api susulan serbuan kontroversi polis ke atas kenderaannya pada September tahun lepas.

Semasa perbicaraan awal bulan ini, peguam Yusoff, Rafique Rashid memberitahu mahkamah anak guamnya merupakan mangsa perangkap orang berkuasa, di mana pistol tiruan dan ganja telah diletakkan di dalam keretanya.

Yusoff turut menafikan tuduhan itu, sebaliknya memfailkan dua laporan polis dengan menyertakan beberapa nama orang yang perlu disiasat. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share