Tong LPG : HAKS Gesa Kerajaan Tak Tarik Subsidi

KUALA LUMPUR, 3 Jun 25 – Pengerusi Hak Konsumer Sejahtera (HAKS), Shahir Adnan menggesa kerajaan agar mempertimbangkan untuk tidak melaksanakan keputusan penarikan subsidi Gas Petroleum Cecair (LPG) sebagai langkah penyelesaian terhadap kebimbangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Beliau berkata, isu tersebut perlu ditangani secara seimbang agar keperluan rakyat tidak terabai selain memastikan kelestarian kewangan negara.

“Sebelum ini, subsidi gas diberikan oleh kerajaan bagi meringankan beban pengguna domestik.  Namun perubahan polisi telah menyebabkan peniaga kecil tidak lagi menikmati subsidi.

“Langkah ini menimbulkan pelbagai reaksi kerana ia memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat. Ramai mengeluh sebab nak guna tong gas ungu ni, kosnya naik mendadak.

“Ramai mengeluh sebab nak guna tong gas ungu ni, kosnya naik mendadak. Kalau dulu harga kos RM26.60 untuk tong subsidi, sekarang kena sedia modal RM70 untuk satu tong komersial. Itu baru satu tong, bayangkan kalau sehari pakai dua atau tiga tong?” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Shahir berkata, ketiadaan subsidi terhadap tong gas menyebabkan harga jualan meningkat secara ketara, sekaligus membebankan isi rumah serta peniaga kecil seperti penjaja makanan dan pengusaha warung.

Tambah beliau, kenaikan tersebut boleh menyebabkan harga makanan dan perkhidmatan turut meningkat, hingga menjejaskan kuasa beli pengguna. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share