Pejuang Gesa Tubuh Kertas Putih Buli

KUALA LUMPUR 13 Ogos 25 – Pejuang menggesa satu Kertas Putih berkaitan buli segera ditubuhkan bagi membolehkan kerajaan mendengar rintihan, nasihat, cadangan dan idea dari semua pemegang taruh dalam isu itu.

Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid berkata, sekolah seharusnya menjadi tempat yang selamat untuk pelajarnya.

“Untuk perkara ini dipastikan perlu ada cadangan holistik dan menyeluruh dibentang dalam Kertas Putih ini.

“Satu prosedur ‘one size fits all’ perlu disediakan yang akan diguna pakai oleh setiap sekolah atau institusi tidak kira harian atau asrama penuh, kebangsaan atau jenis kebangsaan, tidak kira menengah atau rendah, agama atau biasa, kerajaan atau swasta.

“Tujuannya adalah supaya segala isu dapat ditangani dengan tuntas dan cepat. Setiap satu nyawa yang dapat diselamatkan adalah kemenangan pada rakyat,” katanya, dalam satu kenyataan.

Rafique berkata, peredaran zaman serta kepantasan penggunaan teknologi telah menjadikan situasi kehidupan anak-anak sekarang amat berbeza dari masa dahulu.

“Namun, anak-anak kita semua adalah masa depan negara. Peristiwa yang berlaku sekarang kalau tidak menjadi pengajaran akan menghantui masa depan anak cucu kita.

“Pejuang sebagai parti politik yang menekankan kebajikan rakyat terbanyak dengan ini mengusulkan cadangan agar Kertas Putih Buli Musuh Negara ini dijalankan segera,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share