PN Mampu Rampas Selangor, Kata Dr Afif Bahardin

KUALA LUMPUR, 18 Jun 25 – Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Selangor Dr Afif Bahardin menyuarakan keyakinan gabungan pembangkang mampu menambah 10 lagi DUN di negeri itu dalam PRN akan datang dan berupaya merampas pentadbiran Selangor daripada kerajaan perpaduan.

Ia berikutan terdapat peningkatan ketara dalam sokongan rakyat Selangor terhadap gabungan itu berikutan kemampuan wakil rakyat mereka yang berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan.

“Rakyat lihat apabila sidang DUN Selangor macam Adun pembangkang jadi kerajaan, Adun kerajaan pula sebaliknya.

“Jadi kalau PN tadbir Selangor kita cukup sedia dengan pengalaman yang ada pada Adun,” katanya, seperti laporan FMT.

Kalangan wakil rakyat PN katanya berpengalaman sebagai menteri besar, pegawai kanan kerajaan, rektor universiti dan exco kerajaan negeri.

Pihaknya turut menepis dakwaan kononnya prestasi mereka seperti ‘buih’ kerana gagal berfungsi baik dalam menjaga kebajikan rakyat, yang dibuat Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Selangor Khairuddin Othman.

Afif yang juga Adun Taman Medan berkata, 10 kerusi DUN tambahan yang disasarkan PN termasuk kerusi bercampur yang gagal ditawannya pada PRN 2023.

“Boleh menang dengan ada pertambahan pengundi baharu dan momentum sokongan lebih baik pada pilihan raya akan datang.

“Parti komponen terutama Gerakan dan MIPP akan memainkan peranan tarik bukan Melayu di kerusi campuran,” katanya.

Ketua PN Selangor Datuk Seri Azmin Ali dalam ucapan dalam program Kembara Bersatu Selangor baru-baru ini yakin komponen itu akan menambah 10 kerusi DUN sekali gus merampas pentadbiran negeri terbabit pada pilihan raya akan datang. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Pelantikan Ahli JAC Wajar Diteliti – Titah Tuanku Mukhriz

“Beta pernah bertitah tentang keperluan mendesak untuk memperbaharui JAC. Baru semalam, saya dimaklumkan tentang pelantikan dengan ahli baru JAC… Majlis Peguam telah membantah keras pelantikan baru-baru ini. Perlu ada respons yang munasabah terhadap bantahan yang dibangkitkan,” titah baginda.
Read More
Total
0
Share