Penjawat Awam Kekal Setia Kepada Raja Dan Negara, PM Akan Bertukar, Kata Pejuang

KUALA LUMPUR, 21 Jul 25 – Kesetiaan kakitangan awam kekal kepada Raja dan negara, namun individu yang menjawat jawatan perdana menteri akan bertukar, kata Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid.

Rafique turut mengingatkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar tidak harus panik kerana penjawat awam tidak akan mengubah pendirian mempertahankan negara dan Perlembagaan sekiranya turut sama menyertai Himpunan Turun Anwar hujung minggu ini di ibu negara.

“Perkhidmatan awam milik rakyat bukan mana-mana individu, cuma perdana menteri yang dihadapannya dibaca ikrar akan berubah tapi kesetiaan masa sama. Raja dan Negara serta undang-undang.

“Tiada siapa boleh dihalang untuk bergerak dan berhimpun. Malah sesiapa yang melarang atau menghalang tanpa sebab munasabah langgar undang-undang,” kata Rafique.

Peguam itu berkata, perkhidmatan awam bukan milik mana-mana pemimpin. Ia milik rakyat . Ia bukan aparat kerajaan untuk disalahguna.

“Ketua Setiausaha Negara harus faham perkara ini. Tidak perlu panik, dia orang lama dalam perkhidmatan, dari bawah beliau naik ke pangkat tinggi.

“Ya, setia pada Raja dan negara. Itu ikrarnya kerana perdana menteri boleh berubah tapi perkhidmatan awam akan kekal jua,” katanya.

Sehubungan itu, Rafique menyeru penjawat awam tidak gentar untuk turut serta berhimpun kerana mereka turut berhadapan masalah yang sama seperti rakyat yang lain.

“Selamatkan negara juga kesetiaan pada raja dan undang-undang.

“Pada semua penjawat awam, anda rakyat juga seperti kami dan lihat  permasalahan yang sama.

“Maka kalau setia pada Raja dan negara, masa untuk selamatkan negara adalah pada 26.07.2025. Tempatnya Dataran Merdeka. Masanya adalah 2.00 petang.Jumpa disana. #Turun Anwar!,” kata Rafique lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share