PN Desak Kerajaan Jelaskan Mekanisme dan Wujudkan Penstabilan

KUALA LUMPUR | 2 Apr 26 — Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggesa kerajaan menjelaskan mekanisme penentuan harga diesel selepas kenaikan terbaru ke RM5.52 seliter, dengan unjuran harga dijangka mencecah RM6.02 seliter.

“Kenaikan harga diesel, ditambah kemungkinan kenaikan tarif elektrik, berpotensi terus meningkatkan kos operasi perniagaan dalam pelbagai sektor secara meluas dan berganda.

“Banyak PKS mungkin tidak mampu menyerap kos tambahan, sekali gus meningkatkan risiko inflasi kos yang menjejaskan kelangsungan perniagaan mereka. Ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menekankan perlunya ketelusan mekanisme penentuan harga, termasuk kadar pertukaran, kos, margin, dan komponen fiskal harga akhir, untuk meningkatkan keyakinan awam.

PN turut mencadangkan cukai sementara ke atas industri minyak dan gas bagi membiayai subsidi, pelepasan cukai, atau insentif kos bagi meringankan beban rakyat dan perniagaan.

Takiyuddin turut menekankan perbezaan harga diesel antara Semenanjung (RM5.52–RM6.02) dan Sabah/Sarawak (RM2.15), yang dilihat boleh menimbulkan persepsi kos tidak adil.

Beliau menggesa kerajaan menetapkan harga siling atau penampan bagi mengelakkan kenaikan mendadak yang menjejaskan ekonomi, sambil mengambil kira penanda aras harga serantau untuk meningkatkan keadilan dan keberkesanan dasar. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share