Putra Desak SSM Gugur Nama ‘Islam’ Dari Sister In Islam

KUALA LUMPUR, 25 Jun 25 – Putra menghantar nota desakan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) agar menggugurkan nama Islam dari pendaftaran Sister in Islam (SIS) sebagaimana mematuhi titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Nota berkenaan diserahkan Naib Presiden Putra Datuk Asmawar Samat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Datuk Nor Azimah Abdul Aziz.

Turut serta adalah Setiausaha Agung Nasrul Ali Hasan serta beberapa pimpinan tertinggi parti semalam.

“Putra menegaskan kepentingan menjaga kesucian nama Islam dalam ruang korporat serta menyuarakan kebimbangan umat terhadap fahaman yang boleh memesongkan pemahaman masyarakat awam,” katanya, dalam satu kenyataan.

Putra juga katanya bersedia mendengar dan mempertimbangkan pandangan perundangan atau cadangan lanjut daripada pihak berkaitan bagi memastikan keharmonian antara prinsip syariah dan struktur pentadbiran negara terpelihara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, dalam satu kenyataan sebelum ini mengesahkan tiada perkataan ‘Islam’ didaftarkan di bawah nama SIS.

Sebaliknya, pendaftaran adalah menggunakan nama SIS Forum (Malaysia) tanpa menggunakan sebarang perkataan membabitkan istilah agama ketika mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 1993.

Sebaliknya, ia berdaftar sebagai Syarikat Terhad Menurut Jaminan (CLBG) di bawah nama ‘SIS Forum (Malaysia)’. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share