Srikandi Dungun Seru Peralihan Kuasa Dalam Bersatu

KUALA LUMPUR, 3 NOV 25 — Srikandi Bahagian Dungun menyatakan sokongan padu kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, susulan penularan surat rasmi yang dikatakan ditujukan kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi mendesak peralihan kuasa dalam kepimpinan tertinggi parti itu.

Dalam satu kenyataan Ketua Srikandi Bahagian Dungun, Mek Zaharah Husain berkata tindakan tersebut membuktikan semakin ramai pemimpin akar umbi dan wakil rakyat Bersatu mahu melihat satu pembaharuan dalam kepimpinan parti, termasuk memberi ruang kepada Muhyiddin untuk berehat dan menyerahkan tanggungjawab kepada barisan pelapis.

“Selaku Ketua Srikandi Bahagian Dungun, saya menyokong penuh tindakan Mas Ermieyati menandatangani surat berkenaan.

“Ia selari dengan semangat demokrasi dalam parti yang mengutamakan suara majoriti dan kestabilan kepimpinan,” katanya.

 Mas Ermieyati yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka adalah antara 16 daripada 25 ahli parlimen Bersatu menurunkan tandatangan pada surat yang dilampirkan bersama membantah tindakan disiplin terhadap pimpinan parti.

Menurut Mek Zaharah, tindakan Ahli Parlimen itu menunjukkan keprihatinan terhadap hala tuju parti yang dilihat semakin terpisah akibat tindakan sesetengah pihak yang terlalu mempertahankan ‘Team Presiden’.

Katanya, golongan wanita dalam Bersatu, khususnya Srikandi, juga tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh kumpulan yang masih berpaut pada kepimpinan lama tanpa mempertimbangkan keperluan memperkukuh perpaduan dalam parti.

Mek Zaharah menegaskan, masa depan Bersatu harus dibina semula dengan semangat baharu dan kepimpinan yang lebih terbuka, agar parti itu terus relevan dalam mendepani cabaran politik semasa serta menghadapi pilihan raya akan datang.

“Srikandi Bahagian Dungun berdiri teguh di belakang Mas Ermieyati dan akan terus memberi sokongan moral serta politik demi memastikan suara wanita dalam Bersatu terus didengari,” tambahnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share