Tambun Mesti Bertanggungjawab Atas Dakwaan Terhadap Pagoh

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 25 – Parti Gerakan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tanggungjawab terhadap dakwaan beliau ke atas Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana sumber dakwaan tersebut dipertikaikan banyak pihak.

Ketua Penerangan Gerakan, Wendy Subramaniam berkata, sekiranya benar sumber rujukan Ahli parlimen Tambun itu tidak sahih, maka beliau harus memperbetulkan kesilapan tersebut.

“Jika benar, Gerakan menggesa Anwar Ibrahim untuk bertanggungjawab, membetulkan kesilapan tersebut, dan menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan Madani memahami beratnya kata-kata dan tindakannya.

“Tuduhan yang melibatkan bekas Perdana Menteri bukanlah perkara remeh; ia memerlukan fakta, bukan klip tular. Ujarnya.

Kenyataan Wendy merujuk kepada insiden di mana, Anwar dalam ucapannya di persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini mendakwa Muhyiddin menyokong pemberian subsidi petrol kepada warga asing, namun ahli Parlimen Pagoh itu sebaliknya menafikan tuduhan tersebut.

Wendy turut memberi amaran kepada kerajaan bahawa isu yang melibatkan kandungan media sosial seperti TikTok palsu dan mengelirukan boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap institusi.

“Gerakan menegaskan bahawa isu terkini yang melibatkan kandungan TikTok palsu dan teknologi deepfake, seharusnya menjadi amaran keras kepada kerajaan.

“Maklumat digital yang mengelirukan bukan lagi masalah terpencil; ia kini menjadi ancaman nasional yang semakin berkembang, mampu menyesatkan orang ramai, mencemarkan reputasi, dan menggugat keyakinan terhadap institusi.

“Insiden ini jelas menunjukkan bahawa bahkan jawatan tertinggi negara tidak kebal daripada manipulasi. Ujarnya.

Dalam pada itu itu, Gerakan menggesa kerajaan untuk memimpin berasaskan fakta, tanggungjawab, dan ketelusan, kerana dalam era digital, kepercayaan perlu diperoleh, bukannya dianggap wujud.

“Dalam zaman di mana maklumat palsu tersebar lebih pantas daripada kebenaran, kredibiliti sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung kepada apa yang dikatakannya, tetapi juga bagaimana ia mengesah, bertindak balas, dan membetulkan kesilapan. Katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share