
KUALA LUMPUR, 17 Jul 25 – Reformasi yang dicanangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berada dibangku pembangkang sudah bertukar menjadi nasi basi ketika beliau berjaya menjadi perdana menteri, sindir Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, terdapat banyak isu dan tindakan kerajaan hari ini bertentangan dengan laungan reformasi yang diperjuangkan mereka.
“Negara tidak berketua hakim. Negara akan kekosongan tiga puluh hakim. Apa sudah jadi, tak pernah ini berlaku. Konon ada kebocoran. Konon yang bocor tidak betul. Kalau tidak betul kenapa nak bertindak kepada pembocor. Kut betul kut.
“Macam-macam tuduhan dibuat. Campur tanganlah, dan sebagainya. Betulkah? Tengok tangan sendiri, kotor atau tidak.
“Hey, jangan politikan pilihan hakim kita disuruh. Jangan politikan addendum. Jangan politikan share MAHB. Jangan cakap berkenaan 3R.Jangan, jangan, jangan. Lekat plaster dimulut. Cucuk hidung, pasang tali heret ikut suka hati.
“Ini sebahagian dari Reformasi,” katanya, dalam hantaran blog chedet.com.
Reformasi yang diamalkan juga menyekat suara banyak pihak termasuk juga ahli Parlimen yang sepatutnya berbahas di Dewan Rakyat, kata Dr Mahathir.
“Rampas harta tanpa sebab juga reformasi. Masuk dalam tahanan tanpa charge juga reformasi. Bertuahlah Malaysia.
“Bukan sahaja undang-undang tidak di endah bercakap pun tak boleh. Tak pun di dewan bercakap (Parlimen). Digantung tanpa tali.
“Wow!…Reformasi memang great, jeritlah Reformasi.” @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.