Tidak Sesuai Naik-Muat Gambar Main Golf Di Saat Rakyat Dalam Keadaan Susah

Ketua parti harus peka dan lebih bersikap sensitif dengan permasalahan kos sara hidup yang amat membebankan rakyat pada hari ini serta harus hindarkan menghantar ‘signal’ yang salah ke akar umbi.

Sukan golf dianggap riadah untuk golongan ‘kayangan’ dan golongan yang kaya saja.

Di saat rakyat sedang menderita dengan pelbagai permasalahan hidup maka kita semua harus bersikap lebih peka dan sepatutnya menghantar berita-berita yang berteraskan ke arah untuk membantu rakyat jelata bukannya berseronok di padang golf.

Kalau nak beriadah juga dengan sukan golf bukan tak boleh tapi pada pandangan saya tidak perlu untuk muat-naikkan gambar-gambar main golf kepada orang ramai.

Tambahan pula, Presiden BERSATU jarang kelihatan di Dewan Rakyat ketika bersidang di mana itu merupakan platform terbaik untuk membela rakyat khususnya menegur kepincangan kepimpinan kerajaan.

Di parlimen juga merupakan tempat terbaik untuk membuat apa saja cadangan bernas ke arah membantu keseluruhan rakyat.

Kini, rakyat berpandangan di parlimen malas untuk hadir tetapi di padang golf cukup gigih untuk hadir beriadah sukan golongan ‘kayangan.’

Rakyat juga memilih wakil rakyat untuk memikul tanggungjawab serta amanah ke parlimen bagi membuat pembelaan bagi pihak pengundi secara menyeluruh.

Kita mungkin nampak perkara-perkara seperti bermain golf ini sebagai amat remeh tetapi kepada rakyat jelata yang berhempas-pulas mengharungi pelbagai permasalahan hidup adalah sesuatu yang amat negatif di kacamata mereka.

Perkara-perkara yang kita anggap remeh seperti ini kadang-kala buatkan rakyat menyampah seterusnya tidak lagi menyokong kita.

Berhati-hatilah dengan menghantar ‘signal’ kepada akar umbi pada hari ini khususnya yang boleh merugikan kita semua.

Semua tokoh-tokoh pemimpin harus mengikut prinsip serta budaya perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya memberi tumpuan untuk membela rakyat tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur lain yang boleh mencacatkan wadah perjuangan tersebut.

Khairuddin Abu Hassan, ADT Muafakat Nasional

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share