Tun M Tempelak Zafrul: Red Lines Ditentukan Oleh Trump

KUALA LUMPUR, 5 DIS 25 — Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali mengasak kerajaan apabila mempersoalkan sama ada Perjanjian Anwar-Trump atau Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) Malaysia–Amerika Syarikat, benar-benar melindungi kepentingan negara atau membuka pintu kepada dominasi ekonomi AS.

Dalam kenyataan terbarunya, Tun M menegaskan kebimbangan utama beliau, perjanjian Anwar-Trump ini boleh melemahkan dasar bumiputera, khususnya melalui Klausa 6.2(1) yang menurutnya menghalang Malaysia daripada memberi keutamaan, subsidi atau kelebihan kepada GLC dan syarikat tempatan berbanding syarikat AS.

“Maknanya dasar-dasar yang beri kuota kepada syarikat bumiputera tak boleh lagi dilaksanakan,” kata beliau.

Tengku Zafrul sebelum ini mempertahankan ART dengan merujuk kepada pengecualian di hujung Klausa 6.2(1) yang membenarkan dasar berasaskan public service obligations (PSO).

Namun bagi Tun M, hujah itu hanya mengesahkan kebimbangannya.

“Kalau Zafrul perlu merujuk kepada pengecualian, itu bermakna klausa itu memang benar menghadkan kepentingan bumiputera,” tegasnya.

Tun M turut mempersoalkan siapa yang menentukan maksud sebenar PSO: Malaysia, atau juga AS?

“Zafrul pertahan AS, bukan Malaysia”

Mahathir mengkritik sikap Zafrul yang menurutnya terlalu mempertahankan ART seolah-olah menjaga kepentingan Amerika lebih daripada rakyat Malaysia.

“Zafrul tidak jelaskan apakah PSO termasuk kepentingan bumiputera. Dan siapa yang tentukan definisi tersebut? Sudah tentu bukan Malaysia sahaja,” katanya.

Beliau juga menyindir dakwaan Zafrul bahawa Malaysia telah menetapkan red lines dalam perundingan.

“Setahu saya, red lines itu dilukis oleh Trump, seperti disebut oleh Duta AS Kevin Kagan. Sampai sekarang Zafrul atau Anwar tidak nafikan. Ujar Mahathir

Mahathir malah menegaskan kerajaan perlu berani membatalkan ART jika ia benar menggadaikan kedaulatan ekonomi negara.

“Ramai yang lebih pakar juga kata begitu. Bukan saya seorang,” katanya.

Kenyataan Tun M ini dijangka menghangatkan lagi perdebatan mengenai ART, khususnya isu sejauh mana perjanjian itu mengikat dasar bumiputera — dan apakah kerajaan kini berada dalam kedudukan mempertahankan Malaysia, atau tunduk kepada kehendak AS. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share