
KUALA LUMPUR, 28 Jun 25 – Parti Gerakan menyifatkan Himpunan Turun Anwar bukan hanya perjuangan kaum Melayu, sebaliknya ia adalah simbol perjuangan bagi seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi hantaran di laman facebook parti, Gerakan berkata himpunan tersebut adalah perjuangan rentas kaum, agama dan fahaman politik yang bertujuan untuk menyelamatkan masa depan negara.
“Ini bukan perjuangan untuk kaum Melayu, Cina atau India semata-mata ini perjuangan untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Sebuah perjuangan merentas kaum, agama dan fahaman politik demi menyelamatkan masa depan anak bangsa dan memulihkan maruah negara yang tercalar. Katanya.
Gerakan yang di wakili Presidennya Datuk Dr Dominic Lau bersama Setiausaha Agung Wong Chia Zhen dalam himpunan tersebut menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh memandang enteng suara rakyat yang turun berhimpun.
“GERAKAN akan terus berdiri teguh bersama rakyat demi menuntut keadilan, membela maruah negara, dan membawa perubahan yang sebenar. Katanya.
Sabtu lalu, ribuan rakyat telah berhimpun untuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan atas kegagalannya mentadbir ekonomi dan melaksanakan janji-janji reformasi. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.