UMNO Tubuh Pasukan Khas Perhalusi RUU PSB Diketuai Jo Ghani

KUALA LUMPUR, 4 Sep 25 – Umno mengumumkan penubuhan sebuah pasukan khas yang diketuai oleh Naib Presidennya, Johari Abdul Ghani, bagi meneliti dan memperhalusi Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) secara menyeluruh sebelum ia dibentangkan dalam Konvensyen Melayu Bandar pada hujung September.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, konvensyen Melayu Bandar itu bakal menghimpunkan pimpinan tertinggi Umno dari seluruh negeri dan bahagian, parti-parti politik Melayu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik serta wakil masyarakat sivil.

“Resolusi Konvensyen Melayu Bandar kelak akan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata

RUU PSB sebelum ini telah menyaksikan bacaan kali pertama dan kedua di Dewan Rakyat sehingga kini. Namun, perbahasan dan pengundian telah ditangguhkan ke mesyuarat Dewan Rakyat bulan Oktober susulan saranan untuk memperbaharui cadangan tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, telah mengusulkan agar RUU tersebut ditangguhkan dan dikaji semula, terutama berkaitan isu pembaharuan bandar tanpa memerlukan persetujuan 100% daripada pemilik tanah.

Kritikan juga disuarakan pembangkang, kumpulan masyarakat sivil, serta penduduk Kuala Lumpur yang menyifatkan RUU itu berisiko menyebabkan gentrifikasi dan meminggirkan golongan miskin, termasuk masyarakat Melayu dan India. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Anwar Wajar Berehat Sementara, Kata Ummah

“Sekiranya seorang perdana menteri mempunyai kekebalan penuh, apa akan jadi jika beliau melakukan kesalahan? Apakah rakyat harus akur bahawa pemimpin negara tidak boleh disentuh undang-undang, sedangkan rakyat biasa tetap dikenakan tindakan?” soal beliau lagi.
Read More
Total
0
Share