
KUALA LUMPUR, 7 Jun 25 – Pengerusi Ummah Malaysia, Mohad Zai Mustafa menyatakan sokongan pembentukan Jawatan Kuasa Sekretariat Orang Melayu (SOM) yang juga telah dipersetujui oleh lapan buah parti Melayu Islam serta lebih empat puluh buah Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Dalam satu kenyataan, Zai berkata ketika ini semua pihak telah bersetuju untuk mengenepikan sementara politik kepartian agar usaha penyatuan orang Melayu sebagai payung besar dapat dilaksanakan.
“Wadah penyatuan melayu ini akan digerakkan dengan segera bagi menyedarkan orang melayu bahawa penyatuan melayu rentas parti ini adalah agenda besar dan penting bagi menyelamatkan bangsa melayu, agama islam dan tanah melayu (Malaysia).
“Buat masa ini semua pihak bersetuju mengenepikan sementara politik kepartian bagi menumpukan segala usaha menjadikan penyatuan ini sebagai wadah payung besar penyatuan orang melayu. Katanya.
Beliau berkata, dalam satu mesyuarat, Perikatan Nasional iaitu PAS dan Bersatu telah menyatakan kesediaan menyokong usaha ini dan mereka akan turut berada dalam jawatan kuasa sekretariat tersebut.
Katanya lagi, satu cadangan lengkap akan dikemukakan kepada Jawatan Kuasa Sekretariat Induk untuk diteliti dan diputuskan bagi perlaksanaan di semua peringkat.
Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu dengan tujuan menyatukan orang-orang Melayu merentasi parti politik dalam menghadapi survival politik yang kini semakin mencabar. @politiko.my