4 Syarikat Milik Kementerian Kewangan Alami Kerugian

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 25 — Empat syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) berkaitan projek infrastruktur awam dilapor mengalami kerugian, lapor Berita Harian.

Berdasarkan maklumat daripada laporan kewangan beraudit 2023, empat syarikat tersebut adalah Prasarana Sdn Bhd (Prasarana), Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).

Kementerian Kewangan dalam kenyataan menjelaskan, syarikat yang terlibat dalam pengangkutan rel dan infrastruktur jambatan, mengalami kerugian bagi menyokong penyediaan perkhidmatan untuk keselesaan rakyat dengan kadar tambang yang murah dan berpatutan.

MKD katanya sebagai pemegang saham majoriti syarikat sentiasa berusaha meningkatkan kawalan bagi memantau prestasi syarikat dari segi kewangan dan tadbir urus supaya operasi syarikat selaras dengan objektif penubuhan dan mandat yang ditetapkan.

“Antara langkah yang diambil untuk meningkatkan pemantauan terhadap syarikat MKD adalah melalui pembentangan pelan perniagaan tahunan syarikat, penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) syarikat dan laporan pencapaian KPI setiap suku tahun, Pelaporan Penyata Kewangan Beraudit Tahunan dan Pelaporan Pengurusan Kewangan Suku Tahun.

“Selain itu, MKD juga mengambil inisiatif dengan mengadakan Mesyuarat Corporate Improvement Programme (CIP) bagi syarikat MKD yang tidak mencapai sasaran KPI sekurang-kurangnya 80% pada tahun semasa, yang mana Mesyuarat CIP bertujuan mengenal pasti masalah yang dihadapi syarikat dan membincangkan penambahbaikan struktur syarikat.

“Syarikat MKD yang gagal mencapai sasaran KPI juga diminta mengemukakan penjelasan lanjut dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan syarikat bagi memperbaiki prestasi serta kedudukan kewangan,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Kementerian itu berkata, syarikat GLC di bawah MKD ditubuhkan bukan berorientasikan keuntungan tetapi untuk tujuan tertentu berdasarkan mandat yang ditetapkan kerajaan.

Antaranya termasuklah menyediakan perkhidmatan dan obligasi sosial kepada rakyat, seperti perkhidmatan pengangkutan/infrastruktur awam dan utiliti.

Kementerian menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai senarai 20 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mencatatkan kerugian tertinggi dan langkah serta tindakan undang-undang yang diambil kerajaan untuk menangani kerugian itu.

Kementerian Kewangan memaklumkan, beberapa syarikat MKD juga mencatatkan keuntungan, iaitu Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank), IJN Holdings Sdn Bhd dan SIRIM Berhad.

Selain itu, syarikat berkenaan turut ditubuhkan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi melalui sokongan kepada pewujudan industri baharu, terutamanya yang memerlukan modal awalan yang besar dan menggalakkan pembangunan teknologi, seperti aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta menarik pelabur tempatan dan asing melabur dalam bidang khusus yang bernilai tinggi, seperti kecerdasan buatan (AI), nanoteknologi dan teknologi maklumat.

“Ia juga bagi memenuhi jurang pasaran yang tidak diceburi sektor swasta dan mengekalkan kepentingan kerajaan dalam sektor strategik,” katanya. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Hamzah Fail Saman Fitnah Terhadap Redzuan Yusof

Hamzah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan pada 12 Januari lalu melalui firma guaman Tetuan Siddiq Azani & Co, menamakan Redzuan sebagai defendan dalam kes tersebut. Beliau menuntut ganti rugi am RM100 juta, termasuk ganti rugi teladan dan teruk, faedah dan kos perbicaraan.
Read More
Total
0
Share