PEJUANG Johor Gesa Semak Semula Struktur Subsidi Bahan Api

JOHOR BAHRU | 13 APr 26 – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor menggesa kerajaan Pusat melakukan semakan menyeluruh terhadap struktur subsidi bahan api negara, khususnya melibatkan diesel fosil dan biodiesel.

Timbalan Ketua Pejuang Johor, Zainuddin Adan berkata, langkah itu penting bagi memastikan penggunaan dana awam lebih strategik, berimpak tinggi dan memberi manfaat terus kepada rakyat.

Menurut beliau, subsidi diesel fosil dalam skala besar memberi tekanan kepada kewangan negara serta meningkatkan kebergantungan kepada import minyak mentah, sekali gus mendedahkan negara kepada risiko geopolitik dan ketidaktentuan global.

“Dalam keadaan geopolitik global yang tidak menentu, kebergantungan ini meningkatkan risiko fiskal negara secara signifikan. Katanya.

Namun begitu, beliau menegaskan biodiesel bukan penyelesaian tunggal dan perlu dilaksanakan secara seimbang kerana ia mempunyai kos tinggi, isu teknikal, keperluan infrastruktur serta risiko ketirisan subsidi.

Malaysia kini melaksanakan mandat B10 dan B20 secara berperingkat, manakala Indonesia sudah melangkah ke B35 dan merancang B40–B50. Pejuang mencadangkan pelaksanaan lebih tersusun termasuk B20–B30, subsidi lebih bersasar dan pelaburan dalam tenaga boleh baharu serta kenderaan elektrik.

Justeru, Pejuang menyokong pendekatan subsidi yang lebih strategik dan seimbang bagi memastikan keselamatan tenaga serta kelangsungan industri sawit negara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share