Kos Sara Hidup – Pi Mai Pi Mai.. Tang Tu

Rakyat Malaysia kini berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat apabila harga makanan harian terus mencatatkan kenaikan.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi Mac 2025 menunjukkan inflasi makanan di rumah meningkat sebanyak 0.6%, dengan beberapa barangan mencatat lonjakan ketara.

Antara bahan makanan yang mencatatkan peningkatan harga ialah ikan siakap (+10.6%), sotong (+6.7%), dan santan segar yang melonjak sehingga 29.4%. Ayam standard pula kini dijual pada harga purata RM10.56 sekilogram, berbanding sekitar RM9.80 sebelumnya.

Ahli ekonomi berpandangan bahawa antara punca utama kenaikan ini termasuk peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dijadual bermula Jun 2025, kenaikan gaji minimum, kelemahan nilai ringgit, serta kesan global seperti gangguan rantaian bekalan akibat ketegangan perdagangan.

Sesetengah pihak berpendapat, walaupun dasar seperti gaji minimum RM1,700 memberi kelegaan kepada pekerja, ia juga meningkatkan kos operasi syarikat. Akhirnya, kos itu dipindahkan kepada pengguna, ini bermakna ‘pi mai pi mai.. tang tu’.

Dalam masa yang sama, bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilihat belum cukup menampung lonjakan harga bagi kebanyakan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

Dalam padaitu, para pengguna disarankan untuk mengambil langkah berjimat cermat seperti menyokong produk tempatan, merancang pembelian secara bijak, serta menanam makanan sendiri jika berkemampuan.

Aplikasi perbandingan harga dan promosi dalam talian juga menjadi antara strategi yang boleh digunakan untuk menjimatkan perbelanjaan.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sendiri perlu memperkukuhkan kawalan harga terhadap barangan asas serta memperluas subsidi secara bersasar agar impak inflasi dapat dikurangkan dengan lebih berkesan. @analitiko

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share