Pemimpin Umno, Bersatu Kecam Sekolah Pasang Bendera Malaysia Terbalik

KUALA LUMPUR, 4 Ogos 25 – Pemimpin Umno dan Bersatu mengecam keras insiden memasang bendera Malaysia terbalik di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Negeri Sembilan.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Salleh menggesa tindakan keras diambil terhadap pelaku dan permohonan maaf tidak lagi memadai.

“Mana mungkin lah bendera terbalik tidak tahu, ataupun buat-buat tidak tahu

“Kami desak kementerian pendidikan untuk ambil tindakan yang keras kepada pelaku ini sebelum ia jadi perkara yang dianggap remeh kerana buat dulu lepas tu minta maaf dan selesai!,” tegasnya, dalam hantaran Facebook.

Adun Merlimau itu turut melahirkan rasa kesal kerana insiden itu berlaku di sekolah sedangkan mereka seharusnya mengajarkan perkara yang betul kepada murid sekolah.

“Macam mana nak ajar murid perkara betul jika pasang bendera pun terbalik

“Dan cukup-cukuplah jenis buat dulu baru minta maaf, dari dulu lagi kami tekankan bahawa satu hukuman berat perlu diberi kepada pelaku yang tidak menghormati bendera Malaysia,” tegasnya.

Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson Badrul Hisham Shaharin juga kesal kerana perkara itu menjadi seperti trend menjelang Bulan Kemerdekaan.

“Setiap kali menjelang ulangtahun kemerdekaan  sudah menjadi ‘trend’ bendera Malaysia terbalik,” katanya.

Dakwanya, di sekitar kawasan sekolah itu juga papan tanda jalan menggunakan bahasa Mandarin dibenarkan kerajaan negeri.

“Di kawasan sama juga berlaku papan tanda jalan semuanya berbahasa mandarin dan ia dibenar kerajaan PH, BN Negeri Sembilan.

“Perkara ini pernah dibantah Bersatu Port Dickson  tapi regim Negeri Sembilan tak peduli,” dakwanya yang dikenali sebagai CheguBard. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share