
KUALA LUMPUR, 23 Okt 25 — Aktivis politik, Khairuddin Abu Hassan mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dianiaya sesiapa, sebaliknya menanggung akibat daripada perbuatannya sendiri berhubung kes liwat yang pernah dihadapinya.
Dalam kenyataannya semalam, Khairuddin menegaskan bahawa Anwar telah melalui proses perundangan yang adil apabila didakwa dan disabitkan kesalahan meliwat sebanyak dua kali di bawah undang-undang negara.
“Tiada siapa yang menganiayai Anwar Ibrahim kecuali beliau yang menganiayai dirinya sendiri atas perbuatan meliwat,” katanya.
Beliau menambah bahawa Anwar telah diberi ruang yang luas untuk membela diri melalui perbicaraan di semua peringkat mahkamah, disokong oleh pasukan peguam yang ramai serta proses kehakiman yang berjalan bertahun-tahun lamanya.
Khairuddin turut mendakwa bahawa bukti-bukti terhadap Anwar dalam kes berkenaan adalah kukuh dan telah dinilai secara adil oleh mahkamah.
“Seluruh dunia tahu akan perilaku perbuatan meliwatnya. Jadi Anwar Ibrahim tidak harus menyatakan beliau dianiaya kerana dipenjarakan,” ujar beliau.
Dalam nada lebih keras, Khairuddin turut mendakwa tidak terkejut sekiranya Anwar sekali lagi berdepan tuduhan yang sama pada masa hadapan, sambil menyifatkan Perdana Menteri itu sebagai “peliwat tegar”.
Beliau juga menuduh Anwar masih cuba mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan dirinya dengan “berbohong dan memfitnah pihak lain.”
Khairuddin menyimpulkan kenyataannya dengan mendakwa rakyat kini semakin sedar tentang “siapa Anwar Ibrahim yang sebenar,” serta menyifatkan beliau sebagai “fasiq, munafiq, hipokrit dan sewel.”
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meluahkan perasaan dari pengalaman lebih sedekad di penjara menjadi titik perubahan terbesar dalam kehidupannya.
Katanya, tempoh itu memberi beliau ruang untuk melihat sisi gelap sistem keadilan, apabila undang-undang boleh dijadikan alat politik dan manusia boleh kehilangan maruah hanya kerana perbezaan kasta sosial.
Beliau berkongsikan kisah itu dalam sesi In Conversation with Anwar Ibrahim sempena Forum Ilmu PNB 2025 di ibu negara pada Selasa. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.