“UMNO Masih Berdolak-dalik, Melayu Sudah ‘Move On’” – Prof Kehormat

KUALA LUMPUR | 18 Jan 26 — UMNO kini dilihat bukan lagi parti majoriti Melayu-Muslim, dan masyarakat Melayu-Muslim semakin matang dalam politik, termasuk menolak amalan rasuah, kata Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, Profesor Kehormat Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM).

Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan bahawa cadangan kerjasama agung UMNO yang diumumkan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, boleh dipersoalkan kerana tidak selari dengan realiti politik semasa.

“UMNO bukan lagi parti yang mendapat sokongan majoriti Melayu-Muslim. Katanya kepada politiko.

Menurut Prof Ahmad Fauzi, orang Melayu-Muslim kini bebas menilai parti atau individu berdasarkan prinsip perjuangan Islam, dan sudah mengambil tindakan tegas terhadap UMNO dalam PRU15 berikutan isu rasuah dan persekongkolan.

“Orang Melayu-Muslim sendiri menghukum UMNO dalam PRU15 kerana persekongkolan dengan rasuah; itupun UMNO belum mengambil pelajaran dengan menyatakan sokongan terbuka kepada bekas pemimpin mereka yang telah disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana penyelewengan khazanah negara.”

Beliau menegaskan bahawa kerjasama agung hanya relevan jika UMNO sanggup berbincang sebagai rakan sejawat, bukan sebagai “abang besar” yang mendominasi keputusan.

“Dalam keadaan sekarang, sebarang kerjasama agung hanya mungkin jika UMNO sedia berkompromi dan berbincang dengan rakan-rakan cadangan kerjasama sebagai rakan sejawat, bukan sebagai abang besar.”

Prof Ahmad Fauzi menambah bahawa masyarakat Melayu lebih canggih dan mampu maju ke hadapan tanpa bergantung kepada UMNO, khususnya jika parti itu masih gagal menolak amalan rasuah dan golongan perasuah.

Kenyataan ini muncul ketika UMNO terus menggesa kerjasama politik dengan parti-parti Melayu lain, namun realitinya, sokongan majoriti Melayu kini semakin beralih kepada pendekatan politik berprinsip, mengutamakan integriti dan kebebasan berfikir.

Ketika Persidangan Agung UMNO (PAU), Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengemukakan usul pembentukan satu gabungan besar kerjasama atau “kolaborasi agung” bagi menyatukan semua parti Melayu dan Islam di Malaysia.

Bagaimanapun, Zahid menegaskan cadangan gabungan besar itu tertakluk kepada satu syarat utama, iaitu tidak mengganggu atau menggugat kerajaan perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share