Ketua Pembangkang Persoal Beban Ujian Diagnostik Dalam Rancangan Pendidikan

PARLIMEN | 22 Jan 26 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, hari ini menegaskan bahawa pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara boleh menimbulkan cabaran besar kepada sistem pendidikan negara, khususnya berkaitan ujian diagnostik untuk kanak-kanak yang mahu masuk darjah 1 pada umur 6 tahun.

Dalam kenyataannya, Hamzah menekankan bahawa rancangan ini diumumkan secara tergesa-gesa, dan walaupun pilihan ibu bapa digalakkan, tekanan sosial telah mewujudkan budaya di mana ramai ibu bapa berasa anak mereka perlu mula sekolah awal.

“Kalau semua ibu bapa mahu anak mereka masuk darjah 1 pada umur 6 tahun, ujian diagnostik perlu dijalankan kepada lebih 400,000 kanak-kanak setahun. Siapa yang akan uruskan ini? Siapa yang akan tanggung kos, tenaga dan masa untuk ujian raksasa ini?” kata Hamzah pada Sidang Media, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa aspek logistik ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan, dan menggesa agar pendapat rakyat dan ibu bapa di seluruh negara diambil kira sebelum pelaksanaan penuh rancangan ini.

Hamzah menyifatkan ketergesaan pelaksanaan rancangan itu sebagai berisiko menimbulkan beban tambahan kepada sistem pendidikan dan keluarga, sambil menimbulkan persoalan sama ada kerajaan benar-benar bersedia menghadapi impak praktikal dasar tersebut.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan bahawa kerajaan akan memperkenalkan ujian diagnostik khusus untuk menilai kesediaan kanak-kanak yang ingin memasuki Darjah Satu pada usia enam tahun, bermula sesi sekolah 2027.

Ujian tersebut bertujuan menilai tahap psiko-emosi, kemahiran asas dan kesiapsiagaan murid sebelum mereka diterima awal ke dalam kelas tahun satu, serta tidak bersifat wajib tetapi berdasarkan pilihan ibu bapa dan keputusan ujian itu sendiri.

Beliau menambah bahawa hanya murid yang memenuhi kriteria dan melepasi saringan diagnostik khas itu akan dipilih untuk kemasukan awal ke Darjah Satu, dan butiran pelaksanaan ujian akan diumumkan kemudian. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share