Petisyen Pecat Hamzah Sedang Berjalan – Kata Sumber Parti

KUALA LUMPUR | 6 Feb 26 – Satu lagi dakwaan mengenai komplot dalaman untuk menyingkirkan Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada jawatan Timbalan Presiden Bersatu mula tersebar, susulan pendedahan seorang Ketua Bahagian di Perak yang mendakwa telah dihubungi oleh pegawai Ibu Pejabat (HQ) parti.

Menurut sumber berkenaan, beliau dihubungi secara langsung oleh seorang pegawai HQ semalam dan diminta supaya Ketua-Ketua Bahagian menandatangani satu petisyen bagi memecat Hamzah daripada jawatan parti.

Sumber itu mendakwa beliau turut dimaklumkan mengenai satu pertemuan Ahli Parlimen dan ADUN Bersatu yang dijadualkan berlangsung di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam Ahad, 8 Februari, yang antara lain bertujuan mendapatkan sokongan terbuka kepada Muhyiddin.

“Pegawai HQ itu juga memaklumkan bahawa Ahli Parlimen dan ADUN akan diminta menandatangani petisyen bagi memecat Datuk Seri Hamzah pada malam pertemuan tersebut,” menurut sumber berkenaan.

Sebelum ini, spekulasi pemecatan Hamzah turut tersebar menjelang mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU (MPT) bulan lalu, namun ia tidak berlaku.

Dalam isu yang sama, sumber itu turut mendakwa operasi berkenaan menyerupai pendekatan politik tertentu yang disifatkan tidak telus dan bertentangan dengan semangat muafakat parti.

“Ini bukan politik yang bersih. Ia operasi senyap, berlapik tetapi terancang,” menurut kenyataan yang disebarkan kepada beberapa pimpinan parti.

Sehubungan itu, sumber berkenaan menggesa Ahli Parlimen dan ADUN Bersatu agar tidak terperangkap dengan taktik tersebut, serta berwaspada terhadap sebarang usaha yang boleh mencetuskan perpecahan dan melemahkan parti menjelang cabaran politik akan datang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Tahan Pengkritik, Reformasi atau Regresi?

Dr Armin Baniaz Pahamin, mengecam tindakan tersebut sebagai langkah yang bercanggah dengan prinsip asas demokrasi. Menurut beliau, dalam sistem yang matang, kritikan terhadap kerajaan bukanlah satu jenayah, sebaliknya merupakan elemen penting dalam memastikan akauntabiliti dan keseimbangan kuasa.
Read More
Total
0
Share