Ada Pemimpin Rasa Diri Hebat, Lupa Diri, Kata Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR, 13 Sep 25 — Segelintir pemimpin lupa diri merasakan dirinya lebih hebat sedangkan hakikatnya kekuatan itu datang dari sokongan orang disekeliling, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Bekas menteri luar itu berkata dalam artikelnya bertajuk “Menangani Kekeliruan Dalam Berpolitik”, tanpa sokongan orang keliling pemimpin itu tidak mempunyai sebarang keistimewaan.

“Ada pemimpin berasa masih sehebat dahulu. Tetapi terlupa yang kini beliau tidak lagi memiliki faktor-faktor yang menguatkannya itu, iaitu kuasa, kontijen pegawai dan dana.

“Secara sendirian, beliau sebenarnya tidaklah istimewa,” katanya, dalam satu hantaran media sosial.

Pemimpin Bersatu itu berkata, terdapat juga pihak kurang menghayati makna dan kaedah perundingan dalam membuat keputusan-keputusan sama ada dalam organisasi ataupun dengan pihak-pihak luar (organisasi dan parti setara serta pihak atasan yang lebih berkuasa).

Katanya, pihak berkenaan mendakwa melakukan perundingan, tetapi hakikatnya, apa yang dilakukan tidak lebih daripada ‘dumping’, delegasi, anarki, manipulasi, tokenism, kosmetik dan ‘window dressing’ sahaja ataupun sombong dan angkuh.

“Ada pihak melakukan kesilapan. Bagi menutup kesilapan itu, ia mencipta naratif lain supaya seolah-olah ia bukannya kesilapan, tetapi hal yang lain, malah cuba dikatakan kononnya ia dilakukan bagi menegakkan prinsip dan sebagainya.   

“Ada pihak terlibat, secara langsung atau tidak langsung, ataupun mencetuskan operasi cucuk-mencucuk, termasuk menyebarkan surat layang,” katanya

Saifuddin bagaimanapun tidak menamakan individu dan pemimpin yang dimaksudkannya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share