Gerakan RESET Di Negeri Adat Perpatih Sudah Bermula

Foto : Facebook Chegu Bard

SEREMBAN | 4 Mei 26 — Gerakan “Reset Malaysia” kini mula digerakkan secara tersusun di Negeri Sembilan apabila aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, melancarkan siri kempen penerangan melibatkan beberapa kawasan utama di negeri itu.

Program yang menggunakan tanda pagar #ResetMalaysia itu dimulakan dengan dua sesi taklimat di Port Dickson dan Kuala Pilah pada 2 dan 3 Mei lalu. Selain memberi penerangan mengenai konsep “Reset”, program berkenaan turut membuka ruang dialog bersama masyarakat setempat serta usaha merekrut aktivis baharu di peringkat negeri.

Menurut penganjur, sesi di Port Dickson diadakan pada sebelah malam di Taman Kiara, manakala program di Kuala Pilah berlangsung dalam bentuk santai “hi-tea” di sebuah hotel tempatan. Kedua-dua lokasi ini dipilih bagi mendekati kelompok berbeza pengundi, termasuk golongan muda dan komuniti setempat.

Gerakan ini dilihat mempunyai kaitan rapat dengan kem politik yang dipimpin Hamzah Zainudin, yang sebelum ini dikaitkan dengan usaha merangka naratif politik baharu melalui pendekatan “reset” terhadap landskap politik semasa.

Sumber dalaman memaklumkan bahawa siri penerangan ini akan diperluaskan ke seluruh kawasan Parlimen di Negeri Sembilan dalam masa terdekat, sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuh sokongan akar umbi.

Dalam masa sama, pemerhati politik berpendapat langkah ini mencerminkan usaha lebih tersusun oleh Hamzah untuk membina momentum awal menjelang perkembangan politik akan datang, khususnya melalui pendekatan gerakan lapangan yang lebih agresif.

Gerakan Reset dijangka terus menjadi antara naratif utama yang akan diuji keberkesanannya di peringkat akar umbi dalam tempoh terdekat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share