Anwar Boleh Rombak Kabinet Sekarang, Kata Saifuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mei 25 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengumumkan pengganti dan tidak perlu menunggu sehingga tempoh jawatan seseorang menteri tamat  bekas menteri Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata, tiada protokol rasmi menghalang perdana menteri daripada mengumumkan pengganti semasa kedua-dua mereka bercuti, dengan merujuk peletakan jawatan menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini.

“Ini budi bicara perdana menteri… pengumuman rombakan (kabinet) boleh dilakukan sekarang, (kerana) menteri bukan penjawat kerajaan yang tertakluk kepada peraturan tertentu berhubung peletakan jawatan mereka.

“Menteri berkhidmat atas arahan perdana menteri. Mungkin ini cara beliau (Anwar) untuk mengelakkan perkara sebenar,” kata Saifuddin seperti dilapor Malaysiakini.

Ahli parlimen Indera Mahkota itu  merujuk kepada kenyataan Anwar awal hari ini bahawa jawatan menteri yang disandang oleh Rafizi dan Nik Nazmi tidak boleh digantikan ketika mereka sedang bercuti.

Saifuddin berkata memandangkan kedua-dua mereka sedang menghabiskan cuti tahunan, pengganti mereka hanya akan mengambilalih sebaik sahaja menteri-menteri itu mengosongkan pejabat masing-masing.

“(Anwar) boleh lakukan rombakan kabinet pada bila-bila masa. Tetapi, memandangkan beliau meluluskan permohonan cuti mereka, tarikh sebenar menteri baru untuk masuk pejabat perlu ditangguhkan kerana kita tidak boleh bayar dua gaji bertindih,” katanya.

Rafizi bercuti sehingga 16 Jun, dengan 17 Jun ditetapkan sebagai hari terakhirnya memegang jawatan.

Manakala Nik Nazmi pula sedang bercuti sehingga 3 Julai, dengan hari terakhirnya memegang jawatan pada 4 Julai.

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini  menyatakan Anwar telah meluluskan permohonan cuti mereka, tetapi tidak menyebut sama ada peletakan jawatan mereka diterima. @sumber

@politiko_my

Wan Saiful Persoal Tindakan Pendakwaan Enggan Benarkan Serah Bukti Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan tindakan pihak pendakwaan yang didakwa enggan membenarkan pihak pembelaan mendapatkan beberapa dokumen bukti penting walaupun telah diluluskan oleh mahkamah. Menurutnya, Mahkamah Sesyen telah membenarkan permohonannya untuk mendapatkan dokumen berupa penyata bank yang dianggap relevan dan perlu bagi pembelaan kes yang sedang dihadapinya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dilaporkan memaklumkan bahawa pihaknya menerima arahan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi bagi membantah keputusan tersebut. “Hari ini mahkamah membenarkan permohonan saya untuk mendapatkan beberapa dokumen bukti. Mahkamah bersetuju bahawa dokumen yang saya minta adalah relevan dan diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook. #perikatannasional #politikmalaysia #wansaifulwanjan

♬ original sound – Politiko.my – Politiko.my
Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share