Isu tanah Kg Sungai Baru bukan perkauman, kata penduduk

KUALA LUMPUR, 9 APR 25 – Isu tanah penduduk Kampung Sungai Baru yang dirampas bukan isu perkauman sebaliknya penipuan, kata wakil penduduk Rafidah Ibrahim.

Rafidah berkata, penentangan yang dilakukan penduduk terhadap pengambilan tanah oleh pemaju itu merupakan usaha mempertahankan warisan mereka.

“Kenapa kita sendiri nak takut suarakan, saya bukan bercakap tanah lain yang saya bercakap ini adalah rizab Melayu, tapi nak pertahankan warisan kami di Kampung Sungai Baru, itu yang kami perjuangkan kerana berlaku penipuan status tanah.

“Jadi apa apa sahaja, isu pampasan, naratif di luar sana dah tak relevan,” katanya, memetik rakaman video yang disiarkan di media sosial.

Malah, Rafidah berkata tiada pihak yang menggunakan sentimen kaum ketika membangkitkan isu tanah tersebut.

“Bila kita bercakap isu ini ada orang kata jangan rasis, Kita tidak rasis, saya tidak pernah rasis dengan mana-mana kaum lain.

“Jadi bila kata jangan mainkan isu Melayu saya sedihlah dekat situ, kita orang Melayu kena bangkit, kita orang Melayu jangan malu, jangan takut,” katanya.

Semalam, seramai 23 ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) turun ke kawasan terbabit diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagi mendengar sendiri keluhan penduduk terlibat.

Hamzah juga memberi komitmen untuk membawa isu berkenaan ke persidangan Dewan Rakyat dalam sesi akan datang. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share