Bakar Masjid Di UK: Gabungan Nasionalis Tempelak Barat, Gagal Bendung Islamofobia

KUALA LUMPUR, 8 Okt 25 – Gabungan Nasionalis hari ini menggesa masyarakat antarabangsa supaya tidak lagi menutup mata terhadap hipokrasi Barat dalam isu hak asasi manusia, selepas sebuah masjid di London dibakar oleh kumpulan ekstremis dalam kejadian yang disifatkan sebagai tanda jelas kegagalan membendung kebencian terhadap Islam.

Dalam kenyataannya, Ketua Sekretariat Gabungan Nasionalis, Haji Rashidi Haris, menyifatkan insiden itu sebagai “puncak kegagalan moral dan politik Barat”, kerana membuktikan bahawa ideologi Islamofobia kini telah menjadi sebahagian daripada budaya politik dan sosial mereka.

“Barat kononnya juara demokrasi dan kebebasan beragama, tetapi apabila rumah Allah dibakar, mereka senyap. Ini bukan sekadar jenayah kebencian — ini manifestasi dasar dwi-standard yang telah lama membarah,” tegasnya.

Menurut laporan Polis Sussex, kejadian berlaku sekitar 9.50 malam Sabtu lalu di kawasan Peacehaven, East Sussex, apabila dua lelaki bertopeng menyembur bahan pencucuh dan membakar pintu utama masjid.

Api berjaya dikawal sebelum merebak, namun sebuah kereta turut musnah. Seorang lelaki berusia 46 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Gabungan Nasionalis berkata, kejadian itu sekali lagi membuktikan naratif Islamofobia yang dibiarkan oleh media Barat dan parti-parti politik konservatif telah melahirkan generasi yang membenci Islam tanpa asas.

“Negara-negara Barat kini menuai hasil daripada benih kebencian yang mereka sendiri tanam melalui propaganda anti-Islam,” katanya.

Walaupun Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, menyifatkan insiden itu sebagai “pengkhianatan terhadap nilai Britain”, beliau menegaskan kecaman sebegitu tidak membawa makna jika pelaku dibiarkan bebas daripada hukuman setimpal.

Gabungan Nasionalis juga mengingatkan bahawa ribuan tentera Muslim pernah berjuang mempertahankan Britain dalam Perang Dunia Kedua, namun pengorbanan itu kini tidak dihargai.

“Dulu umat Islam mempertahankan mereka daripada musuh luar. Kini umat Islam perlu mempertahankan diri daripada kebencian mereka sendiri,” katanya dengan nada sinis.

Rashidi menegaskan, Malaysia dan dunia Islam mesti bersatu menolak naratif politik kebencian yang disebar oleh media Barat dan lobi Zionis, serta menuntut pertanggungjawaban antarabangsa terhadap jenayah Islamofobia. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Kg Sg Baru: Orang hanya pandai cakap, kata Johari

Johari berkata, situasi di Kampung Sungai Baru sebagai ‘nasi sudah jadi bubur’, memandangkan pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula telah diwartakan, sebahagian besar penduduk telah berpindah, dan geran-geran telah diberi kepada pemaju.
Read More
Total
0
Share