Dr Maza Seru Sambut Kehadiran Trump Dengan Demonstrasi, Bantahan

KUALA LUMPUR, 3 Okt 25 – Kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke negara ini harus disambut dengan demonstrasi dan bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap kekejaman Zionis Israel di Palestin yang mana AS adalah dalangnya, kata Dr Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis itu berkata, Malaysia sewajarnya tidak memberikan layanan kepada Trump dengan menerima kehadirannya ke negara ini namun rakyat berhak diberikan ruang menunjukkan bantahan terhadapnya.

“Rakyat kena turun buat demokrasi. Mungkin kerajaan tiada pilihan tekanan daripada AS tapi kita ada pilihan tunjuk perasaan kita terhadap dia. Kita masih ada ruang. Sekurangnya kita mesti tunjuk bantahan daripada orang tua itu datang.

“Malaysia tak patut layan dia. Bagi kita tak payah datang. Memang kita takut ada kesan (kepada negara sekiranya batal jemputan) tetapi paling kurang kerajaan kena biarkan rakyat buat demonstrasi bila dia datang, ” kata Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza, dalam rakaman video di laman media sosialnya.

Tambahnya, beliau juga cenderung untuk jemputan terhadap Trump dibatalkan.

“Saya setuju pandangan Malaysia patut batalkan jemputan kepada Trump daripada datang ke negara ini.

“Seluruh dunia tak sokong dia, dialah dalang disebalik genosid (di Palestin). Dialah yang sebabkan genosid berlaku, ” kata Asri lagi.

Baru-baru ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, tindakan menolak secara menyeluruh kehadiran Trump ke Malaysia dianggap bertentangan dengan dua prinsip penting dalam maqasid syariah iaitu hifz al-amn, memelihara keamanan dan maqasid al-‘umran iaitu pembangunan tamadun. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share