
KUALA LUMPUR, 5 NOV 25 — Bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun dilantik mengetuai lembaga rayuan Bersatu
Selain itu, empat lagi anggota panel rayuan adalah Datuk Seri Zulkifli Noordin, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Datuk Fahimee Ismail.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan malam tadi, sejurus mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.
Menurut Azmin, MPT juga memandang serius masalah dalaman parti dan bertekad untuk mencari jalan penyelesaian secara kolektif.
MPT bertekad untuk mencari penyelesaian dengan semangat saling hormat-menghormati, persefahaman yang baik dan tegas mempertahankan perlembagaan parti.
“MPT juga beriltizam untuk terus menjana usaha pengukuhan dan pengembangan perjuangan parti demi masa depan Malaysia yang lebih bermaruah dan cemerlang,” katanya. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.