
KUALA LUMPUR, 24 Mei 25 – Setiausaha Agung Bersatu, Dato Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan mesyuarat Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) memutuskan untuk mengadakan rundingan dengan beberapa parti politik untuk mengukuhkan muafakat Perikatan Nasional.
Dalam satu kenyataan, Azmin memberitahu satu jawatankuasa rundingan yang akan diketuai oleh Naib Presiden, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin akan memperhalusi dan memuktamadkan rundingan tersebut.
“MPT juga meneliti perkembangan terkini usaha untuk membingkai muafakat yang luas dengan beberapa parti politik yang berpengalaman dan mempunyai pengaruh tersendiri.
“Jawatankuasa Rundingan yang dianggotai oleh Naib Presiden, YB Datuk Dr Mohd Radzi Bin
Md Jidin dan Setiausaha Agung akan memperhalusi dan memuktamadkan rundingan ini. Katanya.
Menerusi agenda tersebut, Azmin berkata MPT mengambil ketetapan untuk terus berusaha memperkukuhkan Perikatan Nasional dan juga menggerakkan jentera dan meningkatkan aktiviti diperingkat Parlimen dan Negeri.
Dalam mesyuarat yang sama, Bersatu menegaskan bahawa parti telah mengenalpasti kerusi-kerusi yang mempunyai potensi baik dalam menghadapi Pilihan raya Negeri Sabah.
“Rundingan dengan parti-parti politik di Sabah akan diteruskan untuk membina kekuatan dan persefahaman demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Sabah. Kata Azmin.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka akan diadakan tahun ini kerana tempoh pentadbiran kerajaan negeri sedia ada yang ditadbir oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan berakhir pada Oktober 2025. @politiko.my